Gosip Artis

Hafidz Roshdi Dapat Bayi Lelaki Sama Tarikh Lahir Dengan Anak Sulung

HAFIDZ Roshdi Dapat Bayi Lelaki Sama Tarikh Lahir Dengan Anak Sulung – Pelakon Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 26 meluahkan rasa syukur apabila isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri selamat melahirkan bayi lelaki pada tarikh yang cantik hari ini, 09.09.2020.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Humairah pada 9 September 2017. Lebih menarik apabila cahaya mata keduanya juga lahir pada tarikh yang sama dengan anak sulungnya iaitu Humairah yang kini berumur tiga tahun.

“Alhamdulillah sama tarikh dan sama baju. Little beast is here. Sepasang lelaki dan perempuan. Allah sebaik-baik perancang,” kata Hafidz.

Hafidz berkongsi foto ketika anak pertamanya, Humairah lahir pada tarikh yang sama dengan anak keduanya.

Bagaimanapun, Hafidz tidak berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai kelahiran bayi keduanya.

Ruang komen di perkongsiannya di laman Instagram tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga peminatnya yang turut mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

“Alhamdulillah… tahniah tarikh dan bulan yang sama ya kuasa Ilahi.

“Wah tahniah abang dan isteri. Sama seperti saya dan adik hanya beza tahun kelahiran.

“Alhamdulillah tahniah bestnya dapat sepasang tarikh sama boleh sambut sama-sama,” komen beberapa netizen di perkongsian tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker