Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu

Setelah pelbagai spekulasi tentang hubungan pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya menjadi bualan hangat sehingga wujudnya orang ketiaga yang mengaku bersalah dan memohon maaf kepada isterinya.

Walaupun Nurul Shuhada sudah memaafkan mereka namun tidak akan sekali – sekali memaafkan orang ketiga yang telah merosakkan hubungan antara dia dan suaminya.

Terbaru , Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu yang mana ianya bersaksikan keluarga.

Malah dalam satu kenyataan daripada Harian Metro , Nurul Shudaha dikatakan bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac 2023 .

Selalu “Live”

Terdahulu , Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi baru – baru ini memuat naik gambar sedang menggenggam tangan seorang wanita yang dipercayai isterinya namun ada yang mendakwa bahawa tangan tersebut bukanlah tangan isterinya.

Dia juga sering dilihat lbersiaran langsung di akaun Tik Tok miliknya namun tidak pernah menayangkan isterinya dengan alasan isterinya tidak bertudung dan hanya bermain dengan anak sahaja.

BACA INI :Maryam Terkilan Bila Jenama Terkenal Minta Buka Tudung Untuk Photoshoot

Sekadar info , Hafidz berkahwin dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang diberi nama Humairah dan Umar.

Leave a Comment