Fyna Jebat Bergaduh Dengan Isteri Pertama Di Restoran

Setelah berkahwin dengan Datuk Zainal Abidin Hassan dan telah disahkan menjadi isteri kedua kepada Jurulatih terkenal itu , kini penyanyi Fyna Jebat didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya semalam.

Perkara itu telah tular di media sosial apabila insiden itu berlaku semasa Fyna berada di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam selepas selesai mengadakan persembahan Famili Duo siaran TV3.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara dua isteri tersebut.

Katanya lagi, kedua-dua isteri sudah tampil membuat laporan di balai polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam.

Kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna sehingga berlakunya perang mulut antara mereka.

Pergaduhan

Isteri pertama Zainal dikatakan menarik rambut madunya hingga membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar premis berkenaan.

Malah ada yang mendakwa bahawa isteri pertamanya marah kepada penyanyi berkenaan kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.

Datin Zalina juga dikatakan merasa tersindir dengan sebuah kenyataan daripada Fyna yang telah disampaikan semasa dalam program Famili Duo baru – baru ini.

Namun selepas kejadian tersebut , kesemua yang terlibat dalam pergaduhan itu tidak dapat dihubungi  unutk medapatkan maklumat lanjut.

Mereka juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media berhubungan perkara tersebut dan hanya mendiamkan diri agar tidak mengeruhkan keadaan yang masih lagi panas.

BACA INI :“Tidak Pernah Berdendam”, – Nadia Brian

Sebelum ini Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, membuat pengakuan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC yang juga merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Leave a Comment

Share Artikel Ini