Filem ‘Life-Action’ Keluang Man Akhirnya Menjadi Realiti

Astro Shaw bakal bekerjasama dengan Iconic Animation Studio untuk membawa Keluang Man, sebuah kisah adiwira adaptasi dari animasi tempatan dengan tajuk yang sama menjadi sebuah filem life-action.

Sekiranya produksi ini berjaya, ia bukan sahaja akan memperkenalkan Keluang Man kepada generasi muda namun dikhabarkan juga bahawa multiverse dunia adiwira tempatan ini akan menjadi realiti.

Ketua dan naib presiden perniagaan Melayu Nusantara Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, adalah satu penghormatan untuk Astro Shaw kerana diberikan kepercayaan dan peluang untuk bekerjasama dengan Iconic Animation Studio dalam membawa karya animasi legenda ini ke layar perak.

“Kami percaya jenama Keluang Man adalah nama yang besar dalam industri seni animasi tempatan dan mempunyai peminat sendiri yang sudah tentu membesar dengan siri animasi ini”

“Kami berharap berita ini akan membawa keterujaan kepada peminat dan pada masa yang sama membuktikan bahawa karya animasi tempatan boleh diangkat ke peringkat yang lebih tinggi”

Sementara itu, Pengarah Iconic Animation Studio Muhammad Firdaus Omar berkata, berita ini sememangnya sebuah impian yang menjadi kenyataan apabila berpeluang untuk melihat Keluang Man di layar perak.

Penerbitan filem life-action itu dijangka akan bermula tidak lama lagi dan pihak produksi akan mengumumkan tarikh tayangan pawagam kemudian.

Leave a Comment

Share Artikel Ini