Cedera Teruk , Fasha Sandha Patah Tulang Mata Sebelah Kiri

Pelakon jelita , Fasha Sandha telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Johor Bahru selepas mengalami kecederaan teruk selepas tercedera ketika menjalani penggambaran bagi sebuah drama terbaru karya daripadanya , Anak Tuan.

Melalui satu perkongsian yang dimuat naik oleh pembantu peribadinya , Fasha dikatakan mengalami kecederaan teruk pada matanya apabila tulang mata kirinya disahkan patah dan bebola matanya juga bengkak selepas terhentak di bucu katil yang tajam ketika sesi penggambaran.

Video yang dikongsikan memaparkan sebuah babak yang sedang dilakonkan oleh Fasha bersama Azhan Rani , yang mana Azhan dilihat menarik rambut pelakon wanita tersebut dari tangga sebelum menolaknya masuk kedalam bilik dan kemudian kepalanya terhentak pada bucu katil yang dilihat berantakan dalam bilik berkenaan.

 

Tiak mahu memanjangkan isu tersebut , pihak Fasha Sandha juga turut memohon doa orang ramai agar mendoakan kesembuhan Fasha dan tidak menyalahkan sesiapa atas kemalangan yang berlaku.

Sudah Memohon Maaf

Malah pihak produksi dan krew yang terlibat dalam juga sudah memohon maaf dan perkara itu sudah diselesaikan dengan cara baik namun penggambaran terpaksa ditunda sehingga Fasha sembuh sepenuhnya.

“Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran Anak Tuan TV3 pada 1 Mac (pagi semalam).”

“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola mata sebelahh kiri berdarah dan bengkak. Kini sedang dirawat di hospital pakar di Johor Bharu,” tulis pembantunya.

 

“Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak.Seperti yang ramai tahu, kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin kakak kuat.”

“Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan sekeluarganya. Kata kakak, tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita,”katanya.

BACA INI : Status Terbaru Isteri ND Lala Jadi Tanda Tanya

Menjengah keruang komen hantaran tersebut , rakan artis dan juga orang ramai mendoakan Fasha agar segera sembuh dan menasihati dirinya agar berhati – hati selepas ini agar perkara seperti itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Leave a Comment