HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Berita

Faizal Tahir Berjaya Menamatkan Tunggangan Kuda Lasak

Lutfi Shah by Lutfi Shah
June 21, 2022
in Berita, Gosip
0 0
0
Faizal Tahir Berjaya Menamatkan Tunggangan Kuda Lasak
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Faizal Tahir baru – baru ini telah memuatkan satu hantaran di akaun Instagram miliknya bahawa dia telah berjaya menamatkan tunggangan kuda lasak sejauh 140KM di Kejohanan Kuda Lasak Piala DiPertuan Muda Terengganu.

Di hantarannya Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir 43, mengucapkan rasa kesyukurannya kerana pada mulanya dia merasakan tidak layak untuk menyertai pertandingan tersebut. Tetapi akhirnya dia dapat menamatkan tunggangannya itu.

“Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Bukan mudah. Pada mulanya, memang tidak terfikir akan mampu. Tapi tiada yang mustahil.

“Dua kuda. 140 KM. 13 jam. Hasil usaha dan sokongan dari rakan-rakan, doa dari keluarga, berbekalkan semangat yang tidak mahu mengalah serta keizinan dan redha Allah,” katanya.

Dia juga amat berterima kasih kepada semua yang terlibat.

“Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan lama dan baharu, para rider, para pegawai, juri-juri, para doktor, kru.

“Semua kakitangan di Terengganu International Endurance Park (TIEP) dan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) serta setiap orang yang terlibat diatas segala usaha anda dalam menjayakan dan memartabatkan sukan kuda lasak ini.

“Semoga terus diberi kemudahan dan terus maju jaya. Insya-Allah. Kita buat yang terbaik, selebihnya Allah tentukan dan kita pergi lagi! Usaha, doa dan tawakal!”

Tunggangan Faizal Tahir mengambil masa selama 13 jam dengan menggunakan 2 ekor kuda.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist