Gosip Artis

Fadzil Zahari Kesal Pereka Fesyen Masih Tak Bayar Hutang Walaupun Dah Masuk 5 Tahun

Fadzil Zahari Kesal Pereka Fesyen Masih Tak Bayar Hutang Walaupun Dah Masuk 5 Tahun – Hutang tetap hutang! Itulah yang ditegaskan oleh Pengarah, Fadzil Zahari terhadap seorang pereka fesyen yang mana belum lagi menyelesaikan hutang sebanyak RM15,000 walaupun sudah lima tahun berlalu.

Fadzil Zahari yang mana juga suami kepada pelakon Yana Samsudin telah mendedahkan dalam jangka masa tersebut, ahli keluarga pereka fesyen itu sudah menyelesaikan sebanyak RM3,000 daripada jumlah yang dipinjam.

“Satu masa dahulu, dia adalah seorang pereka fesyen terkenal di Malaysia. Saya kenal dia dah lebih kurang enam tahun. Kami berkawan selama setahun dan lima tahun sebagai penghutang.

“Pada mulanya dia minta pinjam RM30,000 pada Yana tetapi saya memberitahu Yana supaya bagi dia dalam seribu dua sahaja dulu sebab kalau nanti dia tak bayar tak ada la sakit hati sangat.

“Namun disebabkan Yana ni memang baik hati, cepat tersentuh apabila dia ni cakap nak pinjam untuk rolling bisnes dan nak bayar gaji staf untuk Raya Aidilfitri… Yana terus bagi RM15,000,” ujarnya.

Sehingga kini Fadzil dan Yana Samsudin masih menuntut hutang daripada seorang pereka fesyen.

Fadzil mengulas mengenai perkara itu selepas memuat naik sebuah perkongsian di Instagram meminta pereka fesyen itu tampil menyelesaikan hutang yang sudah memasuki lima tahun.

“Selamat ulang tahun ke5 hutang… semoga dalam keadaan sihat hendaknya. Plan cuti mana tahun ini? Bali ke Mabul?

“Tag rakan anda yang masa nak pinjam duit nangis-nangis, dah dapat duit tak tau pergi mana” tulisnya pada kasyen.

Dalam pada itu, Fadzil juga turut meminta pereka fesyen tersebut untuk tampil dan menyelesaikan hutangnya dengan baik dan menghubungi dia atau isterinya bagi menyelesaikan masalah itu.

“Saya cuma nak bagitau dia, selamat bercuti ke destinasi pelancongan yang seterusnya… minta pinjam cara elok bayar pun patut dengan cara yang elok, sebab ni dah ulang tahun kelima dia berhutang,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker