Ezlynn Mohon Doa Orang Ramai , Akui Masih Menyanyi Tapi Ada Batasnya

Sudah lama tidak muncul di kaca Tv , Ezlynn kini sudah berpenampilan sopan dan behijab malah mengakui dirinya sudah membuatkan keputusan tekad apabila enngan merakamkan lagu berunsurkan cinta pada masa akan datang.

Ezlynn atau nama lengkapnya Azline Ariffin, 40, yang ditemui media mengakui sudah lama mahu merakamkan single baharu sebagai hadiah buat peminatnya namun enggan lagi menyanyikan lagu berbaur percintaan dan memerlukan dia menari.

“Saya memang teringin untuk rakam single baharu. Cuma saya mahu nyanyi lagu berunsur ketuhanan dan kerohanian.”

“Lagu yang memberi nasihat untuk ke arah menyebarkan agama Allah SWT. Tak nak lagi lagu-lagu cinta,” katanya.

Pelantun lagu , Hi Hi Bye Bye yang pernah popular satu ketika dahulu  juga pernah ditawarkan untuk merakamkan sebuah lagu baru namun terpaksa menolaknya kerana karya berkenaan bersifat duniawi.

Berkongsi tentang perjalanan kariernya kni , Ezlynn menyatakan dirinya masih lagi menyanyi dan memenuhi pelbagai undangan namun mempunyai syarat dan cara tersendiri dalam semasa memenuhi tuntutan kerjanya itu.

Menjaga Batas

Ezlynn yang dahulunya terkenal dengan kelincahan semasa melakukan persembahan kini mengakui sudah tidak selincah dahulu kerana menjaga batas sebagai seorang wanita yang berhijab.

Dia juga merasa bersyukur kerana masih lagi diberikan kebenaran untuk menyanyi oleh suami tetapi harus menjaga batas dan cara pemakaian serta persembahan.

“Alhamdulillah suami masih izinkan saya buat persembahan pentas. Cuma dia ingatkan saya tentang batas-batas yang perlu dijaga seperti pakaian dan pembawakan diri. Menyanyi boleh, tapi menari perlu dikurangkan,” katanya.

Malah Ezlynn memohon orang ramai agar mendoakan dirinya supaya terus istiqomah dalam melakukan kebaikkan walaupun secara perlahan dan beransur.

Dia turut menyatakan tujuan dirinya mengambil keputusan berhijab adalah demi mengubah penampilan serta pergaulan dirinya hingga keseluruhannya.

“Kalau boleh saya mahu ikut syariat Islam yang sebenar. Tapi secara perlahan-lahan, bukan terlalu drastik. Insya-Allah, doakan saya terus istiqamah,” katanya.

Baca :Dilabel Sombong , Ryan Bakery Akui Trauma Kerana Ditipu Hingga Ratusan Ribu Ringgit

Sekadar info, Azline binti Ariffin, atau lebih dikenali sebagai Ezlynn merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara yang terkenal sewaktu awal kemunculannya dan merupakan artis dibwah naungan KRU Production.

Leave a Comment