Gosip Artis

Ernie Zakri Dan Syamel Beritahu Tarikh Kahwin?

Ernie Zakri Dan Syamel Beritahu Tarikh Kahwin? – Keputusan yang diambil oleh penyanyi terkenal Ernie Zakri untuk mengikat tali pertunangan dengan pasangan duetnya Syamel pada 15 Ogos lalu merupakan satu tindakan yang tepat dan bersyukur keputusan itu disenangi peminat.

Ernie yang popular dengan lagu Ku Bersuara berkata, dia gembira apabila peminatnya dan juga peminat Syamel tidak putus – putus mendoakan yang baik – baik buat mereka dan hubungan mereka.

“Apabila dah bertunang, baru perlu diberitahu tapi bukanlah bermaksud untuk menggembar-gemburkan secara berlebihan. Ini adalah satu cara kami menghargai peminat kerana mereka selalu menyokong dan mendoakan kami. Penerimaan mereka positif apabila tumpang gembira dan mengirimkan doa yang baik-baik,” katanya.

Ernie tidak menafikan, selama ini dia dan Syamel bermain tarik tali dan menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan peminat sebelum ini. Mereka kurang selesa untuk berkongsi sesuatu yang belum pasti.

“Tak semestinya jika kita bercinta, semua benda perlu diberitahu. Namun ianya terpulanglah kepada mana-mana individu jika rasa itu cara yang sesuai buat mereka.

“Bagi saya, kami masih di tahap awal bercinta dan macam-macam boleh jadi. Itulah sebabnya kami tak kongsi apa-apa. Bukan niat nak mempermainkan orang, cuma kami berdua lebih berhati-hati apa yang kami buat dan hanya sedia berkongsi apabila tiba masanya,” katanya.

Jika bercakap mengenai persiapan perkahwinan mereka, Ernie berkata segalanya masih dalam perbincangan bersama antara dua belah pihak. Ernie juga berkata, masih banyak perkara yang perlu dibincangkan terutama sekali lokasi serta tarikh majlis, dan jika segalanya sudah mempunyai keputusan muktamad pasti mereka akan beritahu kepada semua.

Ernie berkata, semasa majlis perkahwinan nanti mereka perlu mengambil kira soal SOP semasa pandemik Covid 19 sekarang berkenaan jemputan dan banyak lagi. Ernie juga tidak menolak jika ada mana – mana pihak yang ingin menaja majlis perkahwinan mereka nanti dan menganggap bahawa ini semua rezeki.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker