Emma Cabar Awang BPR Ambil Tindakan Mahkamah

Penyanyi Emma Rockers yang juga pemilik Impact Music & Entertainment baru-baru ini tampil menafikan kenyataan komposer Awang BPR yang mendakwa dirinya sebagai penipu atau pecah amanah.

 

“Kenyataan ini adalah satu tohmahan liar dan fitnah jahat yang bertujuan untuk memburukkan imej Impact Music & Entertainment sebagai salah sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran.”

 

Pihaknya juga menafikan pernah menerima, mengambil atau menggunakan hasil penjualan tiket selain dari yang telah mereka persetujui.

 

“Harga asal penjualan tiket bagi dua meja VIP ke Singapura bertujuan untuk mempromosikan “Showcase Awang BPR dan Rakan-Rakan & Makan Malam Amal” yang berlangsung pada 24 Jun 2022 di Loon Sing Convention Centre adalah berharga RM8,000,”

 

“Pihak kami tidak pernah sama sekali menerima, mengambil atau menggunakan atau apa jua faedah dan hasil daripada penjualan tiket terbabit melainkan dari apa yang sudah dipersetujui.

 

Menurutnya lagi, pihaknya telah membuat laporan polis bertarikh 19 Julai agar siasatan dijalankan kepada pihak yang telah salahguna atau memalsukan dokumen berkaitan isu tersebut.

 

“Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa syarikat Impact Music tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan sebarang invois syarikat bagi apa-apa tujuan sekalipun.”

 

“Pihak kami sudah membuat laporan polis pada 19 Julai lalu bertujuan menyiasat pihak yang telah menyalahgunakan atau memalsukan invois kami dan seterusnya menerima manfaat daripadanya,”

 

Dia juga turut merasa kesal kerana perkara tersebut boleh diselesaikan dengan cara baik namun Awang BPR memilih untuk menjadikannya sensasi.

 

“Kes ini sepatutnya boleh diselesaikan secara baik, namun Awang BPR telah memilih untuk mensensasikannya, maka pihak kami tidak mempunyai langkah lain selain menyerahkannya kepada pihak peguam dan undang-undang.”

 

“Pihak kami juga ingin mencabar Awang BPR untuk memfailkan tindakan mahkamah terhadap kami sekiranya segala dakwaannya itu benar.”

 

“Sekiranya tiada tindakan undang-undang difailkan, maka kami menuntut satu permohonan maaf secara terbuka dibuat pada atau sebelum 1 Ogos 2022,”

Leave a Comment

Share Artikel Ini