Emancipation Lakonan Will Smith Ditunda Sehingga Tahun Depan

sebuah filem Emancipation lakonan Will Smith, 54, tidak akan ditayangkan tahun ini kerana keberangkalian susulan kontroversinya menampar Chris Rock di Anugerah Akademi (Oscar) Ke-94, Mac lalu.

Filem terbitan Apple dan syarikat produksi miliknya iaitu Westbrook Studios yang sepatutnya ditayangkan pada festival musim luruh, akhir tahun ini, ditangguhkan hingga 2023.

Filem arahan Antoine Fuqua itu diramal berpotensi untuk membawa pulang anugerah utama Oscar akan datang.Bahkan, beberapa minggu sebelum menjelang Oscar tahun ini, Emancipation sudah menjadi buah mulut orang ramai

Filem ini bakal dikatakan akan memberikan impak yang besar kepada penonton. Akan tetapi wujud khabar angin dimana filem ini masih lagi belum sedia untuk ditayangkan pada tahun ini. Ia dikatakan kerana proses produksinya tertangguh selepas pemindahan operasi syarikat produksi dari Georgia ke Louisiana dan kemusnahan disebabkan Taufan Ida.

Bukan itu sahaja, kru dan kakitangan studio juga seringdirehatkan akibat penularan kes Covid-19, Ogos tahun lalu. Manakala, Apple turut mengalami jadual ketat tayangan sehingga Jun.

Leave a Comment

Share Artikel Ini