Pelakon Ellie Suriaty yang terpalit dengan isu perceraiannya dengan seorang pelakon lelaki bernama Azri Iskandar, baru-baru ini membuat kenyataan bahawa dia menarik diri dari terus terlibat dengan isu tersebut.
“Hidup ini akan datang dengan ujian dan dugaan, tapi saya tidak hukum dia pun. Saya dah cakap saya menarik diri dan halalkan serta mengikhlaskan semua yang terjadi”
Dia turut berharap tidak ada pihak lain yang menghukum bekas suaminya itu. Sekiranya Azri ingin menikah lain, itu semua adalah pilihan masing-masing.
“Jadi saya harap tiada sesiapapun menghukumnya. Kalau dia nak nikah, itu adalah pilihannya. Saya ucapkan semoga berjaya dan saya harap wanita yang akan bersamanya betul-betul ikhlas dan jangan sorokkan diri kerana menyorok ini adalah kerja orang pengecut. Berhenti permainkan hidup orang dan berhenti malukan dia, tolonglah”
Menurut pelakon tersebut, dia berharap agar Azra munculkan diri kerana tindakan menyorok ini memalukan bekas suaminya.
“Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Azra supaya munculkan diri”
Ellie Suriaty juga menambah bahawa dia meragui tentang kewujudan individu bernama Dr. Azra ini. Sama ada dia scammer ataupun peminat, dia sendiri tidak tahu.
“Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di Internet tapi tidak jumpa sebarang maklumat mengenainya. Siapakah dia sebenarnya? Adakah dia scammer atau peminat? Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok”
“Kalau dia benar wujud, kenapa sewaktu program Melodi hubungi, dia bagi alasan sibuk dan seakan cuba mengelak. Kenapa malukan Azri. Hidup ini mesti dengan kebenaran dan jangan permainkan hidup orang”
“Dia pun tak pernah tanya fasal anak-anak saya. Anak-anak saya sangat beradab, bijak dan rasional, tapi bila dia cuba nak ambil kasih sayang Azri sepenuhnya dan tidak jelas pastilah anak-anak ambil peduli”