HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Artis Malaysia

Ella Padam Semua Gambar Di IG , Perkongsian Terakhir Buat Peminat Terharu

admin by admin
March 1, 2023
in Artis Malaysia, Gosip
0 0
0
Ella Padam Semua Gambar Di IG , Perkongsian Terakhir Buat Peminat Terharu
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Perkongsian terbaru daripada penyanyi rock, Ella menjadi perhatian ramai apabila dilihat telah memadam semua gambar di Instagram miliknya sehingga menimbulkan pelabagai spekulasi daripada peminat dan pihak media.

Dalam perkongsian tersebut , Ella mengucapkan terima kasih atas kepada semua peminat yang menyokongnya selama bergiat dalam dunia seni sehingga kini dan menyebabkan orang ramai meninggalkan komen pada hantaran berkenaan.

Menjengah keruangan komen pada hantaran berkenaan , rata – rata mereka menyokong segala tindakan Ella dan mendoakan kebahagian buat Ella.

Memetik sebauh kenyataan daripda mStar Online, wakil pengurusan Ella yang juga dikenali sebagai Peah menjelaskan yang pihaknya masih belum pasti mengapa perkongsian tersebut dibuat oleh Ella.

 

 

“Saya pun tidak boleh nak komen panjang tentang tindakan memadam semua gambar di IG itu kerana ia adalah dari hati Ella sendiri. Rasanya lebih baik dia sendiri yang memberi jawapan.”

“Saya tidak pasti apa yang terbuku di hatinya sekarang ini. Namun sebagai pihak pengurusan rasanya tidak mungkin dia akan mengundur diri kerana nama Ella sudah cukup sinonim dalam industri muzik,” jelasnya kepada media.

Peah juga mengatakan bahawa status yang dimuat naik Ella itu bertujuna untuk memberikan tanda penghargaan buat para peminatnya yang telah meminati dirinya dan lagu yang pernah dinyanyikan olehnya sepanjang kerjaya sebagai penyanyi.

 

Konsert Terbaru

Bercerita tentang kerjaya Ella , baru – baru ini Ella baru sahaja menjayakan sebuah konsert di Twau dan mendapat sambutan hangat daripada peminat.

“Ketika kami tiba di Tawau, ramai peminat yang sudah menunggu di lapangan terbang. Semasa di hotel pun mereka datang kerana Ella berada di sana.

“Pada malam acara tersebut sambutan amat menggalakkan. Itu yang membuatkan Ella sangat terharu dan sebak kerana orang masih meminatinya.”

“Selama 35 tahun dalam industri seni, sudah tiba masanya untuk Ella berbakti untuk generasi baru bidang muzik. Mungkin ada sesuatu yang akan dia lakukan nanti,” jelasnya lagi.

 

Disebabkan itu Peah menidakkan dakwaan yang menyatakan Ella bakal mengundurkan diri daripada dunia hiburan secara tiba- tiba namun tetap tidak mahu memberikan kenyataan tentang perkara itu.

BACA INI :Didakwa Bermasalah Dengan Keluarga , Zul Yahya Tampil Beri Penjelasan

Walaupun bertindak sebagai pengurus yang bertanggungjawab , Peah berharap pihak media dapat bersabar agar Ella tampil menjelaskan perkara tersebut bila sudah bersedia.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist