Eira Aziera Diarah Bayar Gantirugi RM130,000 Akibat ‘Body Shaming’ Fizikal

Mahkamah Tinggi Johor Bahru di sini memerintahkan pempengaruh, Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera membayar ganti rugi RM100,000 dan kos guaman RM30,000 kepada Suharnizan Md Sidek yang menjadi mangsa ‘body shaming‘ (penghinaan bentuk fizikal) pada Ogos 2020.

Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim membuat keputusan berkenaan dalam saman Suharnizan terhadap Eira Aziera secara dalam talian pada 30 Mei lalu.

Beliau berkata, keputusan terbabit dibuat selepas perbicaraan penuh dijalankan selama lima hari dari 24 hingga 28 Oktober 2021 secara dalam talian.

Mahkamah juga memerintahkan Noorazira untuk menyiarkan permohonan maaf yang jelas tanpa syarat dalam semua akaun media sosial miliknya dan hendaklah dikekalkan selama enam bulan dari tarikh penyiaran.”

Selain itu mahkamah memutuskan bahawa Suharnizan menerusi peguamnya berjaya membuktikan tuntutannya dan selepas kesemua elemen yang berkaitan dipenuhi, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 13 Oktober 2020 Suharnizan memfailkan saman menuntut lebih RM2 juta terhadap Eira Aziera, 39, di Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau ‘body shaming’.

Mengulas lanjut, Mohd Rasheed berharap kes itu akan menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati dalam media sosial.

Leave a Comment

Share Artikel Ini