Dr. Say ‘Triggered’ Suami Lebihkan Kawan Berbanding Anak Bini

Baru-baru ini tular kisah seorang suami juga seorang ayah yang memilih untuk melebihkan kawan berbanding meluangkan masa bersama keluarga.kisah tersebut menarik perhatian dan mengundang pelbagai respon di alam maya.

Kisah tersebut juga membuatkan seorang Doktor Selebriti yang dikenali sebagai Dr. Say triggered.Dia membuat hantaran di akaun Instagram miliknya yang menyatakan betapa dia tidak suka lelaki sebgitu dan cukup pantang apabila lelaki melayan wanita apatah lagi isterinya sendiri dengan layanan sebegitu.

“Came across berita ni kat @mstaronlineofficial & sy agak triggered dengan pandangan lelaki yang dah berkahwin & ada sorang anak ni. I have to admit im not a good husband tapi saya cukup pantang lelaki treat perempuan macam ni apetah lagi seorang suami melayan isteri yang merupakan ibu kepada anaknya sebegini. Nak berkawan silakan tapi sedar-sedar la batas hang sebagai seseorang bergelar ayah.”

“Hang ingat bini hang call sebab hang baru lepak 30 minit ka? Bini kita ni dia punya power, 3 hari/ 3 bulan/ 3 tahun atau takdak hang selama-lamanya pun dia boleh jaga anak tu tapi reason dia call mesti sebab dia nak hang ada sekali kat rumah tu sebagai seorang ayah untuk luangkan masa dengan anak hang.”

Dr. Say juga membidas sekiranya ada yang mempertikai bahawa dia tidak punya ramai kawan. Dia menjawab, kawan sudah tidak jadi keutamaan. Seorang suami perlu lebih bertimbang rasa kerana anak-anak merupakan amanah bersama.

“Mungkin ada yang cakap “boleh la dr say cakap cmni sebab sy tengok doc macam takde kawan je.” Sy ada ja kawan cuma lepas kawin especially lepas ada dua anak ni kawan is no longer my priority. Tambahan saya ada anak istimewa & anak sy dua-dua ligat.””Benda ni simple je, letakkan diri kita kat tempat isteri. Kalau ampa kena hadap anak ampa sorang especially lelaki yg jenis utamakan kawan ni, sy guarantee 30 minit jaga anak rasa macam 3 jam. Hang kerja pagi sampai petang, balik hang lepak dengan kawan, dah tu bila masa hang dengan anak hang? Jadi BE CONSIDERATE. Anak tu amanah berdua bukan amanah isteri sahaja.”

Dia turut memberitahu betapa dia tidak boleh terima apabila suami mengugut untuk lepaskan isteri tersebut akibat malu dengan kawan-kawan. Nasihat akhir darinya agar wanita yang masih berlum berkahwin menjauhi lelaki yang kolot serta selfish.

“Paling tak boleh bla ugut nak “lepaskan” bini sebab “memalukan” dia di hadapan kawan-kawan. Taktau nak tolong macam mana lah lelaki macam ni. Mesti egois, keras kepala, fikir dia lah yg paling hebat dalam keluarga tu & paling penting bini takde hak & tak boleh bersuara. Kepada wanita2 yg masih belum berkahwin tolonglah jauhi lelaki2 kolot & selfish macam ni.”

Leave a Comment

Share Artikel Ini