Menjelang Ramadhan tiba , ramai selebriti mula berhijab kena menghormati bulan Ramadhan termasuklah DJ Lin yang dilihat sudah berhijab baru – baru ini.
Menjelaskan perkara tersebut , DJ Lin tampil menjelaskan yang dirinya sudah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya dan tidak teragak- agak dengan keputusannya itu.
DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 48, menjelaskan perkara itu dibuat apabila beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ini telah membuatkan dia tersedar dan mula terbuka hati unutk berubah demi kebaikkan dirinya.
“Saya rasa apa yang terjadi dalam kehidupan saya, terutamanya selepas mak saya meninggal dunia dan ditambah pula dengan dengan kehilangan abang kandung saya… itu yang betul-betul membuatkan saya tersentak.”
“Iyalah saya fikir makin lama umur kita semakin meningkat dan umur saya pun dah masuk 48 tahun.”
“Abang pertama saya meninggal dunia pada umur 51 tahun. Jadi saya rasa mungkin kali ini Allah nak berikan saya kesedaran agar saya berubah demi kebaikan,” ceritanya.
Malah dia mengakui sudah lama berhasrat untuk menutup aurat sepenuhnya namun perkara tersebut masih tidak berjaya melakukannya dan akhirnya berlaku juga selepas balik dari menunaikan umrah.
Tenang dan Selesa
“Sebenarnya sudah beberapa kali saya terfikir untuk menutup aurat sepenuhnya, tetapi tak tahu kenapa lambat untuk saya buat keputusan ini.
“Di sana saya rasa sangat tenang. Tak ada rasa panas. Kalau ikutkan waktu itu di Makkah sangat panas dengan jutaan jemaah mengerjakan umrah.
“Walaupun kita dengan tudung labuh, berjubah dan memakai stokin tangan, tapi saya rasa sangat selesa,” ceritanya.
Setelah mengambil keputusan drastik seperti itu , DJ Lin mengakui dirinya tenang dan gembira apabila anak- anaknya juga terkesan dengan perubahan dirinya.
“Untuk pengetahuan, anak-anak saya sendiri dah lama mengharapkan ibunya ini bertudung. Jadi saya rasa mungkin inilah yang patut saya lakukan.”
“Bila sampai dari Makkah, saya terus balik ke Johor dan menutup aurat. Anak saya bertanya ibu memang pakai macam ni sekejap je ke atau bagaimana?
“Saya cakap insyaAllah saya nak cuba, kita jangan paksa diri sebab saya tak mahu buat apa-apa sebab atas paksaan orang. Biar saya buat atas kehendak saya sendiri,” katanya.
Terdahulu , pada 27 Mac lalu, DJ Lin memaklumkan berita duka apabila abangnya, Mohd Yusof Abd Majid menghembuskan nafas terakhir ketika dia berada di Tanah Suci semasa menunaikan umrah.
BACA INI :“Kesihatan mental saya terganggu”,- Hun Haqeem
Sebelum itu, ibunya iaitu Puteh Jantan telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Larkin Jaya, Johor Bahru pada 24 Jun 2022.