Dituduh Tak Amanah , Norreen Mengaku Terlepas Pandang

Selepas kes ditipu ketika bercuti ke luar negara , kini nama Noreen kembali menjadi hangat apabila terdapat individu mendakwa bahawa Norreen Iman tidak membuat reviuw selepas dibayar.

Melalui sebuah pendedahan yang dibuat di Twitter , Norreen dikatakan menerima bayaran sebanyak RM80 untuk membuat ulasan berkenaan satu produk pada 2018 namun tidak dibuat hingga hari ini.

Setelah banyak komen dan tweet dihantar sehingga ke pengetahuan Noreen yang mengakui dirinya tidak aktif di aplikasi berkenaan dan hanya mengetahui perkara tersebut selepas diberitahu orang ramai.

Terlepas Pandang

Norreen tampil membuat penjelasan berkenaan perkara tersebut dan mengaku bersalah kerana terlepas pandang namun ada sebab mengapa perkara itu berlaku dan ianya tidak disengajakan.

“Tiba-tiba nama naik kat Twitter… itu pun sebab ada orang beritahu, aku memang tak main Twitter. Pasal review nyah.. tahun 2018, tahun komplikasi mengandung. Tahun kelahiran Eshan, komplikasi betul anak paling besar, bedah perutnya,” katanya.

“Yang jenis RM80 punya review, mak (saya) terlupa.  Dia macam katanya barang dah hantar. Jadi mak baca DM macam pelik, benda apa tu? Aku memang betul-betul tak ingatlah,” katanya.

Tidak mahu perkara tersebut berpanjangan dan merosakkan namanya sebagai selebriti yang sedang melonjak naik , Norreen bersedia unutk membuat bayaran baik agar perkara tersebut selesai.

“DM saja kita… ada saja sebelum ini orang DM tahun 2018 ke 19 ke yang aku terlepas pandang, kita bayar saja. Yang RM100, awak punya yang RM80, DM saja kita bayar,” katanya.

BACA INI : Disindir Di Twitter, Caprice Mahu Saman Mydin Sebanyak RM30 Juta

Norreen yang bermula sebagai selebriti media sosisal yang kelakar dan suka bercakap kini telah menjadi pelakon dan banyak bergandingan dengan pelakon popular .

Leave a Comment