Pelakon Fify Azmi baru-baru ini membuat laporan di balai polis mendakwa dia telah ditipu oleh seorang wanita yang juga pembantu peribadinya.
Wanita tersebut dikatakan telah mengambil bayaran berjumlah RM15,000 bagi pihaknya secara senyap melalui akauntan dalam projek bersama sebuah syarikat produksi.
“Sepatutnya bayaran itu dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi saya. Bagaimanapun, dia secara senyap-senyap berurusan dengan akauntan syarikat itu dan menyuruh pembayaran dibuat kepadanya”
“Selama lebih dua bulan terbabit dalam projek itu, saya terdetik untuk bertanya mengenai pembayaran itu kepada syarikat terbabit. Namun, mereka memaklumkan sudah membuat tiga kali bayaran berjumlah RM15,000 kepada wanita itu”
Dia turut menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana langsung tidak dimaklumkan berkenaan pembayaran tersebut. Apabila ditanya, wanita tersebut memberikan alasan dan penipuan.
“Memang saya bengang kerana tidak dimaklumkan langsung pun mengenai urusan pembayaran itu. Bila tanya kepadanya, macam-macam alasannya menipu kata tak dapat bayaran itu”
Fify Azmi memberitahu betapa peluang yang diberikan selama ini telah disalah guna. Dia tak sangka akan kena ‘kencing’ seperti itu setelah berusah payah bekerja.
“Kalau ikutkan, saya memang tak nak pembantu peribadi, tapi saya beri peluang kepadanya untuk bekerja kerana pengalamannya walaupun memang ada dengar perkara negatif mengenainya”
“Tak sangka pula bila diberi peluang, dia ‘kencing’ saya. Wang itu hasil penat-lelah saya bekerja, mana sifat berperikemanusiaan dengan menipu sampai begitu?”