Semalam berita berkenaan pernikahan Janna Nick dan Dini telah menjadi berita hangat di media sosial dan mendapat pelbagai ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga peminat.
Pelakon Dini Schatzmann dan JAnna telah selamat bergelar suami kepada aktres dan penyanyi, Janna Nick kira-kira jam 8.35 pagi Sabtu lalu dengan sekali lafaz sahaja.
Aktor berdarah kacukan Pulau Pinang dan Switzerland , Dini berkongsi rasa syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar dan mengaku diriny sangat bahagia selepas selamat menikah semalam.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.”
Nakkan Majlis Tertutup
Dini menjelaskan yang mereka sememangnya berniat unutk merahsiakan majlis pernikahan tersebut kerana mahukan ianya berkonsepkan tertutup .
Malah kedua belah pihak turut bersetuju agar lebih merasai moment indah berkenaan dengan lebih bermakna bersama keluarga dan rakan terdekat sahaja.
“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami , ini adalah momen yang berlaku sekali seumur hidup dalam hidup kami , kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua.”
Sekadar info berkenaan majlis tersebut , Dini dan Janna telah menikah dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Aisyah yang terletak di pusat peranginan popular, Langkawi, pada tarikh 10/6/2023.
Pasangan ini telah dinikahkan berwakilkan bapa Janna sendiri iaitu , Muner bin Abdullah dan bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya serta dua orang sepupu kepada Janna.
BACA INI :Alisya Tak Tumpang Populariti Kakak dan Ipar
Dini turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas yang mana jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik kepada tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.