Dilabel Sombong , Ryan Bakery Akui Trauma Kerana Ditipu Hingga Ratusan Ribu Ringgit

Selebriti terkenal media sosial, Ryan Bakery seringkali dituduh sebagai sombong kerana sering mengabaikan panggilan telefon daripada pihak media.

Tidak mendiamkan diri , Ryan mengaku yang dia sememangnya sering mengelak untuk menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali kerana pernah mengalami perkara buruk yang sukar untuk dilupakan.

Malah Ryan mengakui dia pernah ditipu sebanyak ratusan ribu ringgit selepas selesai membuat kerja atau review yang dituntut oleh seseorang yang berkerjasama dengannya.

Menurut Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, perkara tersebut telah membuatkan dia lebih berhati – hati apabila berhubungan dengan orang tidak dikenali kerana tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.

Sudah beberapa kali ditipu berkaitan dengan review beberapa produk malah ada juga yang tidak menepati janji tentang bayaran dan juga jumpah  yang sepatutnya dibayar.

Namun Ryan mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak mahu perkara tersebut berpanjangan serta menjadi isu yang hangat sehingga menjatuhkan orang lain dan sudah menghalalkan segalanya yang terjadi.

Ryan juga kini sudah mempunyai seorang pengurus yang bertugas dalam menggendalikan segala perkara berkaitan kerja-kerja review dan juga lakonan dalam kerjayanya yang sedang melonjak naik .

“Saya dah banyak kali kena tipu fasal duit… rasaya hampir ratusan ribu juga saya rugi bila pengasas produk cabut lari selepas video review dah siap dibuat. Ada juga yang buat pembayaran lambat seperti dijanjikan.”

“Bagaimanapun, saya halalkan saya semua itu , malas nak panjangkan cerita.”

“Disebabkan perkara itu, saya kini jadi lebih berhati-hati dan sekarang saya sudah ada pengurus yang akan mengurus dan mengatur segala kerja-kerja saya selepas ini,” katanya lagi.

Mohon Maaf

Sedar akan kesilapan setelah dilabel sebagai selebriti yang sombong , Ryan sempat memohon maaf kepada pihak media dan orang ramai kerana sikapnya itu dan akan lebih terbuka pada masa akan datang.

“Pertama sekali, saya memang nak minta maaf sangat lebih-lebih lagi kepada pihak media. Saya tahu ada yang kata saya ini sombong.”

“Disebabkan pernah kena tipu, saya jadi susah nak percaya orang dan berhati-hati menjawab panggilan , saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang terasa,” katanya lagi.

Leave a Comment