Gosip Artis

Dikritik Lagu “You Dan Ysukuku” Rempit, Cat Farish Cabar Netizen Hasilkan Lagu Sendiri

Dikritik Lagu “You Dan Ysukuku” Rempit, Cat Farish Cabar Netizen Hasilkan Lagu Sendiri – Setelah single terbaharunya yang berjudul You Dan Ysukuku, nyanyian bersama Baby Shima menerima banyak kecaman daripada netizen, penyanyi dan juga komposer Cat Farish tampil bagi menjelaskan maksud disebalik lagu tersebut.

Menurut Cat, lagu yang dicipta ini adalah berdasarkan angan-angan seorang lelaki yang mengaku diri mereka sebagai ‘mat motor’ hanya disebabkan sebuah motosikal jenama Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku.

“Lagu ni sebenarnya lagi mengarut liriknya kerana ia berdasarkan angan-angan dan imaginasi. Angan-angan ni mana pernah realistik. Lagu original lain-lain jalan ceritanya, lebih kepada lelaki dekat luar sana yang tiba-tiba saja minat motor disebabkan Ysuku,” katanya.

Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 46, berkata lirik asal You Dan Ysukuku telah diubah selepas Baby Shima dipilih oleh syarikat rakaman MVM Production untuk membawa kelainan pada single ini.

“Pada mulanya, lirik lagu ini lain. Tapi bila dah jemput Baby Shima, jalan cerita lagu ni pun bertukar. Baby Shima dipilih oleh pihak MVM Music untuk menjadikan duet ini menjadi ngam,” jelasnya.

Dalam pada itu, Cat mengakui yang dia banyak menerima banyak komen negatif sejak single ini dilancarkan berkata dia enggan mengambil peduli tentang kecaman yang diterima kerana setiap orang mempunyai kreativiti tersendiri dalam menghasilkan sesuatu karya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Da Bomb ini juga berkata sesiapa saja mempunyai hak dalam menilai karyanya, namun dia percaya perjalanan kerjayanya terletak pada takdir tuhan dan bukan kritikan netizen.

“Saya dah buat pelbagai jenis lagu. Ada yang orang suka dan tak lupa ada juga lagu yang orang tak suka… ada yang orang kata sedap, yang tak sedap, tangkap muat dan buat sesuka hati.

“Jadi kepada yang komen tu, anda boleh pilih satu genre yang pernah saya bawa dan buat lagu anda sendiri, kita akan tengok hasilnya dan lihat komen orang pula.

“Semua mempunyai hak masing-masing untuk menilai. Ini seni saya dan terima kasih kepada anda yang memberi komen anda. Saya disini akan terus menghasilkan lagu jenis apa pun. Samada komen-komen itu membantu dan jatuhnya kerjaya saya bukan perancangan anda. Semuanya dari Allah,” ujarnya.

Untuk pengetahuan anda, versi asal single You Dan Ysukuku nyanyian Cat Farish bakal dilancarkan di saluran YouTube FUKIKA Music pada hujung September.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker