Semalam , tular video dikongsikan telah seorang pengguna TikTok yang mana ianya memaparkan selebriti terkenal suatu ketika dahulu , Zul Yahya sedang berjalan seorang diri di pagi hari .
Malah pemilik akaun berkenaan juga memohon orang yang berjumpa dengan Zul agar membantu pelakon tersebut kerana menyangka bahawa Zul berdepan masalah rumahtangga sehingga keluar rumah berjalan kaki sebegitu.
“Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan dari pukul 4 pagi sampai sekarang, (8.30 pagi). Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia.”
“Sekarang ni masih ada dalam negeri Perak,” kongsi akaun TikTok @zackpulaumutiara8.
Setelah perkara tersebut tular di media sosial . pihak media pulak cuba menghubungi Zul tetapi tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada pihaknya sehingga pelbagai spekulasi timbul sehingga ada yang mendakwa Zul mengalami tekanan sehingga tidak mampu berfikir dengan baik.
Tampil Beri Penjelasan
Namun tidak lama selepas itu , Zul tampil dan menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya berdepan masalah dan perlu dibantu seperti yang tular di dalam video tersebut.
“Saya okey, tak ada apa sebenarnya. Alhamdulillah,” tulisnya.
Hanya menidakkan kenyataan tersebut dan Zul langsung tidak mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya keluar berjalan dari jam 4 pagi hingga 8.30 pagi tanpa henti.
Menerusi komen daripada pengikut yang sentiasa mengikuti perkembangannya di aplikasi Tik Tok , netizen mendakwa tiada ada yang pelik atau berlainan dengan sikap Zul dan dia baik- baik sahaja semasa bersiran langsung bersama pengikutnya.
Malah ada yang mengatakan berjalan pada waktu pagi adalah terapi yang bagus dan itu yang dilakukan oleh Zul bagi menenangkan jiwanya dan mengambil udara segar.
BACA INI :Tahniah ! Fuad Dan Tom Sudah Menikah Di Batam
Terdahulu, Zul Yahya telah berkongsi kenyataan dengan menyeru semua penggiat seni terutamanya pekerja belakang tabir untuk meinggalkan industri hiburan dan mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT.