Diana Danielle Akui Tidak Selesa Dengan Cara Farid

Pelakon jelita , Diana Danielle yang sedang mengalami masalah rumahtangga dengan suaminya , Farid Kamil tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia menerima lapan bentuk cincin daripada Farid.

Terdahulu Farid telah memberitahu kepada media yang isterinya sudah menerima barangan kemas yang diberikan melalui dua anak mereka iaitu Muhammad dan Aurora.

Tidak hanya mendiamkan diri , Diana membuat hantaran di Ig story miliknya dengan memberikan penjelasan berkenaan yang mana dia tidak menerima cincin berkenaan.

Diana turut menjelaskan yang Farid telah memberikan cincin berkenaan kepada anak lelaki mereka, Muhammad untuk diserahkan kepadanya selepas berjumpa dengan Muhammad .

Diana mengakui yang merasa tidak selesa mengenai perkara itu dan mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang reaksi mengenai pemberian tersebut.

“Sebenarnya saya tidak menerima lapan bentuk cincin itu. Farid memberi kepada anak lelaki kami, Muhammad dan meminta menyerahkan kepada saya. Saya tidak selesa mengenai perkara tersebut dan memilih untuk tidak memberi sebarang reaksi,” tulisnya.

Menolak Secara Baik

Malah Diana mengatakan yang dia tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Farid berkenaan pemberian tersebut malah sudah menolak secara baik melalui peguamnya.

Disebabkan perkara itu , Diana kini membuat keputusan dan berpesan kepada suaminya agar tidak memberikan sebarang hadiah melalui anak-anak mereka lagi selepas ini.

“Saya juga tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana menolak cincin tersebut melalui peguam saya. Namun dia menggunakan anak lelaki untuk menyerahkan kepada saya. Sekarang dah terbuka mengenainya, tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi,” tulisnya.

BACA INI :“Kau Ingat Artis Ni Hamba Abdi Kau Ke Hanat”- Reen Rahim

Urusan berkenaan perpisahan mereka masih lagi belum menemui titik akhir kerana Farid masih lagi tidak mahu melafazkan cerai kepada isterinya , Diana kerana mahu kembali bersama demi anak – anak mereka.

Leave a Comment