“Dia Sangat Putih Dari Saya & PU Riz” Lofa Dedahkan Ciri Rupa Sebenar Bilal

Walaupun Muhammad Bilal sudah lebih 3 bulan dilahirkan, wajah sebenar anak kepada selebriti Neelofa dan PU Riz ini masih belum didedahkan.

Bukanlah hendak terlalu berahsia, namun ia merupakan langkah berjaga-j aga untuk mengelakkan masaIah pandangan ain yang boleh memudaratkan seorang bayi kecil.

Alhamdulillah Bilal suka senyum..Orang datang rumah terus fall in love dengan senyuman manis dia

Menerusi perbualan ekslusif bersama rancangan ‘Nona’ sebelum ini, pengacara popular itu sempat mendedahkan sedikit ciri-ciri yang ada dalam diri Bilal.

Meskipun masih lagi kecil, nampaknya anak sulung mereka sejenis yang tidak takut orang (friendly) malahan gemar tersenyum setiap kali ada tetamu datang menziarahi.

Bilal sangat putih…Lagi putih dari saya & Harris…Tak tahu datang dari mana putih dia..

Berkaitan panggilan kepada Bilal pula, PU Riz sendiri menyarankan agar digelar dengan nama sebenar sahaja. Namun selaku ibu, Lofa pula gemar memberikan nama timangan comel-comel seperti ‘Meatball’, ‘Little’ Pau atau `Little Snowman’ memandangkan Bilal mempunyai kulit yang sangat putih.

 

Leave a Comment

Share Artikel Ini