“Di mana saja akan ada orang dengki tak habis-habis “, – Fauzi Nawawi

Pelakon serbaboleh , Fauzi Nawawi kini sedang mengorak langkah dalam dunia perusahaan makanan apabila perniagaan sebelumnya menemui kegagalan.

Tidak mahu berputus asa , Fauzi masih berusaha untuk menceburi bidang perniagaan kerana minatnya walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran sebelum berjaya.

“Di mana saja akan ada orang dengki tak habis-habis. Saya fikir macam mana nak perbaiki diri saya”

“Ketika buka kedai vape (rokok elektronik) di Sabah macam-macam hal berlaku. Namun, saya anggap belum rezeki. Selagi boleh usaha saya usaha,” katanya.

 

 

Sebelum ini perniagaan yang dibuka di sebuah pusat beli-belah tidak mendapat sambutan dan hanya bertahan selama dua bulan sebelum gulung tikar.

Namun tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku kerana ketika itu negara dilanda pandemi dan kurang pelanggan dengan ekonomi yang merundum.

“Masuk bulan ketiga saya dah tidak boleh buat apa-apa kerana menanggung rugi yang besar. Ketika itu kurang sesuai kerana negara dilanda pandemik Covid-19 dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi orang kurang kuasa membeli.”

“Saya tidak salahkan sesiapa tapi mungkin situasi ketika itu tak sesuai. Kedai saya pun tak ramai yang datang,” katanya lagi.

 

Buka Cafe

Kini , Fauzi mencuba nasib dalam perniagaan makanan dengan membuka Kafe Boi Boi bersama rakan kongsinya , Jack dan ianya sudah dibuka di Kuala Lumpur.

“Saya buka kafe ini dengan rakan kongsi, Jack dengan kos sekitar RM600,000. Dari sebuah banglo terbiar, kami mulakan kerja ubahsuai sejak Oktober lalu.”

“Pemilik banglo meletakkan satu harga yang tinggi, sewa sebulan dalam RM15,000. Tapi disebabkan kesungguhan rakan kongsi saya, kami bersetuju untuk buka kafe di sini”.

Yang mana cafe tersebut menyediakan makanan seluruh Malaysia dan semuanya adalah hasil tangan daripada isteriny , Lisdawati yang juga pelakon.

 

“Menariknya kafe ini menggabungkan makanan Semenanjung Malaysia dan Borneo dan hasil air tangan isteri saya, Lisdawati iaitu mi ramping,” katanya.

Malah cafe mereka juga turut memperkenalkan Menu Rahmah iaitu set makanan untuk 4 orang berharga RM188 dan bakal memberikan kepuasan kepada pelanggannya.

BACA INI :Athira Yuhada Saman Nurul Shuhada

“Seorang individu hanya kena keluarkan kos kurang dari RM50 untuk makan dengan menu ini,” katanya.

Leave a Comment