Penyanyi terkenal Malaysia , Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, meluahkan rasa kecewa dan menafikan kenyataan daripada sebuah portal hiburan terkenal mengenai anaknya , Aafiyah.
Siti menegur cara penulisan portal tersebut yang sengaja membuatkan dirnya dikecam dan diremehkan di media sosial kerana kenyataan tidak berasas tersebut.
Beliau malah mengakui bahwa tidak pernah memberikan kenyataan seperti itu kepada media dan merasa sangat kesal dengan kenyataan bahawa dirinya lebih senang anaknya , Aafiyah menjadi ahli politik.
Kecewa
Penyanyi bersuara emas itu mengatakan perkara tersebut telah menyebabkan dirinya terpaksa menerima kecaman daripada netizen walaupun kenyataan tersebut bukanlah daripadanya.
Disebabkan perkara tersebut , dia mahu portal tersebut bertanggungjawab dan memberikan penjelasan tentang perkara tersebut agar orang ramai tidak bersangaka buruk kepadanya .
Ibu kepada dua anak ini menyatakan bahawa dirinya tidak pernah mempunyai masalah dengan media sebelum ini tetapi hanya memohon agar media menghormati penggiat seni dan menulis perkara yang betul .
