HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Gosip

Dato Awie Dalam Proses Pemulihan Selepas Seminggu Dimasukkan Ke Hospital

admin by admin
December 1, 2022
in Gosip
0 0
0
Dato Awie Dalam Proses Pemulihan Selepas Seminggu Dimasukkan Ke Hospital
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penyanyi rock terkenal tanah air , Dato Awie kini dalam tempoh pemulihan selepas dijangkiti Covid19 dan Influenza dalam masa yang sama dalam perjalanan pulang selepas mengerjakan umrah bersama rakannya.

Disebabkan itu , dia menzahirkan rasa bimbang kerana tidak dapat memberikan persembahan terbaik ketika membuat persembahan di konsert yang bakal berlangsung nanti.

Namun Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 54, menyatakan bahawa dirinya sudah semakin pulih dan kini sudah sihat tetapi masih dalam proses pemulihan.

“Alhamdulillah keadaan saya sudah semakin baik selepas mendapatkan rawatan dan saya kini sudah sihat. Namun, saya masih dalam proses pemulihan.”

Berhadapan dengan konsert besar pada bulan ini , Awie mengakui risau dengan keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya kerana ianya mungkin mengganggu pretasinya nanti.

“Cuma, saya bimbang menghadapi dua persembahan besar yang bakal berlangsung hujung minggu ini. Saya risau keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya menganggu prestasi. ”

Risau dan Bimbang

“Bagaimana pun, persembahan ini perlu diteruskan memandangkan sebelum ke Tanah Suci lagi saya sudah bersedia fizikal dan mental untuk sebarang kemungkinan,” katanya .

Sebenarnya Awie sudah 2 kali dijangkiti Covid-19, namun kali ini dia dijangkiti Influenza pada masa yang sama dan telah menyebabkan dirinya demam teruk dan mempunyai masalah sakit tekak.

Awie telah dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ Ampang Puteri minggu lalu selepas mengalami kesukaran bernafas ketika ditemui dia kelihatan sangat lemah kerana keletihan menerima kunjungan tetamu.

Bercerita tentang dua konsert besar yang bekal berlangsung , Awie merasa teruja menunggu peluang berkongsi pentas dengan tiga lagi rakan seangkatannya iaitu Ella, Mus May dan gitaris otai, Man Kidal.

BACA INI :Afiq Muiz Buat Laporan Polis Berkenaan Isu Yang Tular

“Konsert pada Jumaat ini nanti bakal menggegarkan Panggung Sari, Istana Budaya (IB) menjadi manifestasi kepada keunggulan dan sumbangan besar genre rock dalam ‘katalog’ muzik tempatan.”

“Saya juga sudah bersedia bersama Wings di PJ International Folklore Festival pada Sabtu ini. Saya tahu peminat tertunggu-tunggu kemunculan Wings yang diadakan secara percuma itu” katanya lagi.

Awie redho dengan apa yang berlaku dan hanya berharap akan pulih seperti sediakala kerana masih banyak perkara yang perlu dilakukan yang mana ianya melibatkab banyak pihak .

Malah Awie berharap orang ramai mendoakan dirinya agar diberikan kesihatan yang baik dan boleh berkarya dengan baik tanpa sebarang gangguan kesihatan .

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist