Dapat Tajaan RM 15 Juta , Reen Rahim Bakal Berkahwin Hujung Tahun

Pelakon jelita , Reen Rahim, 34, baru – baru ini mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai MR H .

Namun dia masih belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi dan identiti jejaka yang lebih muda daripadanya itu kerana mahu menjaga privasi dan mengelakkan penyakit ‘Ain’.

Mereka yang sudah lama menjalin cinta tetapi masih belum berhasrat untuk berumgahtangga kerana masih mengejar karier yang sedang meningkat naik.

“Ya saya bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini. Dia seorang ahli perniagaan dan juga penggiat seni. Kami sudah berkawan hampir dua tahun dan dia enam tahun lebih muda dari saya. ”

BACA INI :Fuad Rahman Dan Tom Akui Sedang Bercinta

“Pada mulanya kami berdua tidak berhasrat untuk berkahwin kerana tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen, tapi pada masa sama kami saling menyukai antara satu sama lain. ”

“Tak tahulah apa agaknya doa keluarga, akhirnya kami berdua terbuka hati untuk menghalalkan ikatan dan berjanji untuk saling menjaga hingga ke akhir hayat,” ceritanya lagi.

Tajaan 15 Juta

Majlis yang bakal diadakan di Putrajaya itu dikatakan akan mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dalam pelbagai bentuk barangan dan majlis yang bakal diadakan.

“Kalau boleh saya nak buat satu majlis saja, tapi memandangkan ada pihak yang sudi menaja  kami memutuskan untuk menganjurkan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi. ”

“Kesemua majlis ini akan diuruskan oleh sahabat-sahabat saya kerana mereka tidak mahu menyusahkan saya. Mereka hanya mahu saya gembira pada majlis itu nanti,” katanya.

Sekadar info , Reen mengakui drinya sudah melangsungkan majlis pertunangan pada Ogos lalu dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu tetapi terpaksa merahsiakan majlis tersebut atas perminataan ramai.

Leave a Comment