Gosip Artis

Daler Yusof Hilang Bapa Dan Nenek Disebabkan Covid 19

Daler Yusof Hilang Bapa Dan Nenek Disebabkan Covid 19 – Pelakon Daler Yusuf berkongsi di laman sosial Instagram miliknya  mengenai berita kematian bapanya akibat jangkitan Covid19.

Lebih menyedihkan apabila Daler Yusof juga kehilangan nenek pada 7 Ogos bulan lalu, juga disebabkan Covid19. Bapanya yang berusia 54 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Uzbekistan selepas lebih 10 hari terlantar di hospital.

Pelakon Tuan Anas Mikael ini berasa sedih apabila tidak dapat balik ke kampung halaman untuk menyempurnakan jenazah bapanya.

“Ini adalah tahun paling sukar buat saya. Hari ini bapa saya meninggal dunia kerana Covid-19.

“Banyak hajat dan cita-cita dia yang belum kesampaian tapi saya percaya Allah sayangkan dia lebih. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Minta semua doakan saya kuat” ujarnya.

Daler yang berasal dari Uzbekistan membina kerjaya seni di negara ini membuat perkogsian khabar duka berkenaan kepada pengikutnya di Instagram sekitar 16 jam lalu.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker