Pelakon jelita , Anzalna yang kini sudah lama tidak berlakon mengakui dirinya sukar untuk meningglkan dunia seni yang sudah lama diceburinya sejak remaja.
Malah merasa sangat rindu untuk berlakon dan merasai suasana ketika penggambaran sehingga merasa tidak sabar untuk kembali berlakon apabila ada kelapangan.
Dia memilih untuk meninggalkan dunia lakonan kerana mahu memberikan perhatian penuh kepada keluarga dan anak- anak yang sedang membesarkan .
Namun masih aktif dengan pelbagai acara yang melibatkan dunia seni malah banyak menjadi duta bagi produk jenama terkenal di Malaysia.
“Anak sulung, Mohamad Eidrees kini berusia empat tahun, manakala anak kedua, Mohamad Emirhan baru berusia 11 bulan dan memerlukan perhatian sepenuhnya.
Jenama Sendiri
Anzalna turut bekerjasama dengan suaminya dalam menjalankan perniagaaan berasaskan pakain muslimah dengan jenama sendiri dan ianya mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
“Jadi aktiviti saya sekarang banyak fokus pada keluarga. Selain itu, saya kerap ke acara-acara yang diadakan, jadi duta produk serta keluarkan koleksi jubah jenama sendiri.
“Alhamdulillah, tahun ini saya keluarkan koleksi Abaya sendiri. Ia sempena Aidilfitri dan diharap akan kekal berpanjangan,” katanya yang turut merancang mengeluarkan koleksi pakaian muslimah lain selepas ini.
Walaupun sibuk dengan keluarga tercinta , Anzalna tidak pernah menyuarakan hasrat untuk berhenti berlakon namun masih mencari peluang agar dapat membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
Setelah dua tahun mendiamkan diri daripada dunia lakonan , Anzalna menjelaskan yang suaminya tidak pernah melarang dirinya daripada berlakon tetapi dia lebih bijak memilih watak dan tempoh penggambaran yang perlu dijalani.
Ramai produksi yang memberikan Anzalna tawaran berlakon dan namun dia masih belum berkesempatan untuk menerima tawaran tersebut atas sebab tertentu.
“Tahun ini saya cakap dengan suami, Hanif Zaki, yang saya sedia nak tampil dengan koleksi pakaian dan ia jadi kenyataan. Berkenaan lakonan, saya tak pernah pun kata nak berhenti. Saya akan berlakon semula bila tiba masa yang sesuai.
“Dah tak boleh macam dulu. Keutamaan pada anak-anak. Tak bolehlah lagi ambil drama episod yang panjang. Sebenarnya perasaan rindu berlakon ini datang apabila tengok adik-adik saya berlakon. Tengok mereka keluar TV, rasa best pula.
Namun Anzalna bersyukur kerana dirinya dan suami sentiasa diberikan rezeki dengan pelbagai cara dan merasa gembira dengan apa yang dilakukannya kini.
“Tapi saya akur rezeki di tempat lain. Rezeki saya sentiasa ada. Cuma antara nak tak nak saja. Kali terakhir saya berlakon ialah dua tahun lalu,” katanya.
BACA INI :“Berani Kerana Benar “,- Jep Dipuji Netizen
Sekadar info , Anzalna berkahwin dengan teman lamanya yang juga seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 2016 dan kini sudah mempunyai dua orang cahayamata lelaki yang sangat comel dan bijak.