Dah Tak Dapat ‘Job’, ‘Adakah Saya Betul-Betul Kena Banned?’

Selepas terpalit dengan kontroversi ‘panas’, pelawak dan pengacara Shuk Sahar akui sudah lama tidak dapat ‘job’ untuk muncul di kaca televisyen..

Shuk, 36 tahun itu menyedari namanya kini ditolak stesen televisyen dan berkemungkinan sudah disenarai hitam..

Biarpun begitu, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar tidak pasti kerana tidak ada kenyataan rasmi yang memaklumkan tentang itu..

Sebenarnya ada beberapa kali saya dah ‘lock job’ tapi bila nak mula shooting saja, tiba-tiba stesen TV tak lulus. Saya sendiri tak faham, adakah saya betul-betul kena ‘banned’?

Sebab tak ada kenyataan atau surat. Kalau betul-betul saya kena ‘banned’, tolonglah bagi surat atau beritahu tempoh masa. Supaya saya dapat atur kehidupan..

Katakan saya kena banned enam bulan, jadi saya ada masa itu untuk aturkan kehidupan saya macam mana. Saya ada tanya produksi tapi mereka pun tak beri jawapan..

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, pelakon filem Adnan Sempit 2 menjadikan bisnes minuman dan makanan sebagai punca pendapatan utama.

Setakat ini perniagaan dan buat review menjadi punca pendapatan saya. Dapat duit sikit hasil jual rumah haritu, dapat digunakan untuk teruskan kehidupan saya sekarang.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan..

Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Sera, tular di media sosial berikutan pendedahannya tentang Shuk yang didakwa berlaku curang..

Leave a Comment

Share Artikel Ini