“Cuma saya minta doa yang baik-baik daripada orang ramai “, Remy Ishak

Pelakon kacak , Remy Ishak akhirnya mengesahkan bahawa isterinya, Ezza Yusof kini telah hamil anak sulung mereka yang mana usia kandungan sudah mencecah 5 bulan.

Walaupun sebelum ini Remy tidak pernah mendedahkan perkara tersebut kerana menerima nasihat daripada pakar agar tidak berkongsi perkara tersebut terlalu awal.

Namun kini dia sudah bersedia berkongsi pengalaman dan juga berita tersebut kepada media kerana keadaan isteri serta kandungannya yang sudah stabil.

Remy juga menjelaskan yang dirinya merasa sangat teruja dan gembira atas perkhabaran tersebut sehingga tidak sabar untuk menerima kahadiran orang baru dalam hidupnya bersama isteri.

 

 

“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.”

“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehkah saya kongsikan kepada orang ramai,” jelasnya.

Baby Bump

Remy juga berkongsi keadaan isterinya yang sudah berubah dengan ketara dan mengaku sudah tidak mampu menyembunyikan lagi berita tersebut daripada orang ramai

“Sekarang kandungan dah lima bulan dan kita boleh nampak baby bump. Dah ada ‘baby’ dalam perut. Dah buat imbasan semua dan memang tak boleh sembunyi dah.”

 

Tidak dapat menggambarkan rasa gembira yang bersarang dihatinya , Remy berharap orang ramai mendoakan dirinya dan isteri agar dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga.

“Orang pun tengok keadaan dia macam mana sekarang kan? Begitulah dan betul apa yang diperkatakan ramai. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bakal bergelar seorang bapa , memang sesuatu yang sangat istimewa”.

“Cuma saya minta doa yang baik-baik daripada orang raami agar fasa baharu dalam kehidupan suami isteri antara saya dan Ezza mendapat rahmat Allah S.W.T. rasa lain macam bila nak bergelar bapa,” katanya.

BACA INI :“Saya Bukan Kejar Populariti” , – Lah Ahmad

Sekadar info , Remy Ishak dan pasangannya Ezza Yusof telah berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan sehimga kini masih belum dikurniakan zuriat.

Leave a Comment

Share Artikel Ini