Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, selebriti serba boleh , Cat Farish, mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan isterinya, Suriani Hassan dengan talak satu di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu.
Namun tidak berniat mahu berkongsi tentang masalah dan sebab mengapa perpisahan itu berlaku kerana ianya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan menjaga nama baik keluarga kedua belah pihak.
“Ada beberapa masalah yang terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Cuma apabila cerita ini bertukar tangan ia jadi lain. Perceraian itu memang berlaku tapi hanya talak satu, bukan talak tiga.”
“Disebabkan sikap saya yang selalu cakap berulang-ulang menyebabkan perkara itu berlaku (dikatakan cerai talak tiga). Malah, kejadian itu berlaku terlalu pantas memandangkan masalah yang ada sudah lama.” jelasnya .
Walupun sudah berpisah setelah hampir sebulan namum mereka masih belum dapat menyelesaikan perselisihan antara mereka dan mengaku tidak mampu mengawal emosi jika berbincang tentang hubungan mereka.
“Kenapa saya berdiam diri sebab saya tahu emosi orang, lebih-lebih lagi kalau kedua-duanya pun ibarat ‘api’, pasti akan jadi lebih teruk. Jadi, saya tunggu sampai tarikh perbicaraan di mahkamah dan hakim pun tidak cakap apa-apa, cuma nak pengesahan talak yang saya lafazkan.”
“Cuma nak berbincang agak susah sebab kami dalam keadaan yang beremosi. Nak berdamai pun tak berjaya sebab dia awal-awal lagi sudah keluar rumah dan tinggal bersama keluarganya di Senawang, Negeri Sembilan. Saya hanya mampu memberi sokongan daripada luar.”
Sukar berkomunikasi
“Saya nak berkomunikasi dengannya pun sukar sebab bila diberi peluang untuk bercakap pasti ada topik yang timbul hingga akhirnya membuatkan emosi masing-masing terganggu. Jadi, lebih baik elakkan diri daripada bercakap dan saya memilih berurusan dengan ahli keluarganya.”
Bukan itu sahaja Cat mengakui terlalu terburu – baru semasa mengambil keputusan untuk berumahtangga dan ianya akan menjadi pengajaran buatnya pada masa akan datang.
Terdahulu, Suriani membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Disember lalu bagi menentukan jumlah talak yang dilafazkan Cat.
Sekadar info , pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2020 namun masih tidak dikurniakan cahaya mata sehingga mereka bepisah baru – baru ini.
BACA INI :“Tak Perlu Berkias , Sebut Je Nama ” – Fizo Omar
Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 12, dan Qul Iskandar, 11.