HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Berita

Bob Tutupoly, Penyanyi Widuri Meninggal Dunia

Lutfi Shah by Lutfi Shah
July 5, 2022
in Berita
0 0
0
Bob Tutupoly, Penyanyi Widuri Meninggal Dunia
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia seni hari ini digemparkan dengan berita sedih kematian penyanyi lagenda dari Indonesia, Bob Tutupoly. Beliau dilaporkan meninggal dunia di Rumah Sakit Mayapada jam 12.03 tengah malam tadi.

Berita kematian penyanyi yang popular dengan lagu Widuri itu telah disahkan oleh anaknya sendiri, Erick. Isterinya, Rosmayuti Nasution juga dilihat berkongsi perkhabaran duka itu.

“Damailah suami, papa, opa, oom kami tercinta,”

Punca penyanyi itu meninggal dunia masih belum diketahui, namun, kesihatannya dilaporkan merosot dan beliau berulang-alik ke hospital akibat beberapa komplikasi penyakit termasuk strok kebelakangan ini.

Stanley Tulung, rakan pemuzik mengesahkan, Bob meninggal dunia pada jam 12.03 tengah malam (waktu Indonesia).

“Terima kasih Bob untuk segala-gala yang diberikan untuk kita. Semoga lapang jalanmu menuju keabadian sejati,”

Stanley memberitahu, Bob dimasukkan ke Rumah Sakit Mayapada akibat penyakit strok sejak beberapa minggu lalu.

“Bob menerima rawatan di hospital, sejak beberapa minggu lalu.

“Sebelum meninggal dunia, Bob hendak menjalani pemindahan darah kerana bacaan menurun. Namun, semalam, jam 11 malam (waktu Indonesia) Bob sudah tidak memberikan maklum balas.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 12.03 tengah malam,”

Tags: Bob Tutupoly meninggal duniapenyanyi lagu Widuri Bob Tutupoly meninggal duniapenyanyi lagu Widuri Meninggal duniapenyanyi Widuri Meninggal dunia
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist