“Bila Terfikir Soal Jodoh Kadang Saya Menitis Air Mata Ditengah Malam” – Iqbal

Seperti yang semua tahu, sebelum ini tular tentang hubungan antara Iqbal dan usahawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida yang telah gagal ditengah jalan.

Dikatakan Iqbal masih lagi tiada pengganti untuk mengisi tempat dihatinya yang telah kosong itu.

Menerusi laman sosialnya satu hantaran Instastory milik Iqbal, dia telah ditanya tentang  ada kekasih atau tidak oleh netizen.

“Jujur akak nak tahu, Iqbal dah ada girlfriend atau seseorang yang istimewa dihati? Jawab dengan jujur”

Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkifli yang pernah menyertai program Big Stage 2022 itu menyatakan bahawa bukan senang mendapatkan pasangan yang boleh menerima kekurangan dan mampu bersama-sama susah senang bersama dengannya.

 

“Belum. Kadang saya stres fikir tentang jodoh. Saya boleh beli apa sahaja yang saya mahu tetapi pasangan hidup, ia tidak semudah itu.

“Menemui orang yang jujur, sanggup susah senang dan boleh terima segala kekurangan, ia tidak mudah.”

Setiap kali ditanya soal jodoh, Iqbal merasakan ingin menitiskan air mata dan berharap agar orang ramai mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

“Kadang-kadang saya menitis air mata ditengah malam. Tolong doakan saya ya”

Didalam hantaran Instastory yang lain juga, Iqbal telah menunjukkan gambarnya semasa dia masih lagi bayi.

Leave a Comment

Share Artikel Ini