Bila Masa Pula Saya Jual Pakaian Dalam Wanita? – Ning Baizura

Sebelum ini kecoh tentang sebuah akaun Facebook kononnya milik Ning Baizura telah memuat naik gambar wanita hanya berpakaian dalam.

Tidak berdiam diri empunya badan menyatakan bahawa akaun itu adalah akaun palsu yang menggunakan namanya untuk mengaut keuntungan. Ning yang mendapat tahu perkara itu baru-baru ini berkata, dia sudah lama dia tidak aktif atau memiliki sebarang akaun di platform media sosial itu.

“Tiba-tiba ada orang hantar gambar ini kepada saya sewaktu sibuk menjalani latihan nyanyian minggu lalu. Ada yang bertanya sama ada saya menjual pakaian dalam wanita. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah memiliki sebarang akaun rasmi mahupun kelab peminat di Facebook,”

Katanya pada Harian Metro lagi, dia mendapat berita tentang gambar-gambar tersebut apabila ada yang menghantar gambar ini kepadanya sewaktu sibuk menjalani latihan nyanyian minggu lalu.

“Ada yang bertanya sama ada saya menjual pakaian dalam wanita. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah memiliki sebarang akaun rasmi mahupun kelab peminat di Facebook,”

Ning yang begitu terkenal dengan suara yang uniknya itu menyatakan bahawa dia tidak mahu ambil peduli tentang hal itu kerana individu itu telah buat penyamaran atas namanya selama setahun. Dia juga tidak mahu memanjangkan isu ini sehingga mengambil tindakkan undang-undang terhadap individu tersebut.

“Individu tidak bertanggungjawab itu sudah hampir setahun melakukan penyamaran itu,”

“Malaslah nak buang masa, habiskan masa dan tenaga untuk hal remeh macam ini. Baik gunakan akal dan tenaga di tempat lain. Orang itu mungkin inginkan perhatian saya. Saya tidak mahu mencuit hati orang itu sedikit pun,”

Leave a Comment

Share Artikel Ini