Terdahulu , sebuah perkongsian daripada penyanyi bersuaa merdu , Shila Amzah telah mengejutkan ramai pihak apabila dia seolah memberikan bayangan tentang hubungan cintanya dengan Ubai sudah berakhir selepas 5 bulan bersama.
Melalui perkongsian tersebut , Shila turut berkongsi gamber mereka bersama dengan ucapan terima kasih kerana sudah menjadi teman terbaik buat dirinya dan anak.
“Terima kasih untuk lima bulan terbaik ini. Awak telah menjadi teman terbaik saya. Terima kasih sudah memberikan kasih sayang kepada Seth , saya hanya mendoakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala yang dihajati , terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” tulisnya.
Sebelum ini mereka dikatakan sudah menjalin hubungan pada fasa yang lebih serius sehingga Ubai dilihat mmbeli cincin buat Shila namun masih tiada pengumuman dibuat berkenaan hubungan mereka.
Perkongsian tersebut membuatkan orang ramai membuat spekulasi tentang hubungan mereka yang sudah berantakan namun berpisah dengan cara baik .
Hubungan Baik- Baik Sahaja
Tidak hanya mendiamkan diri , Ubai dalam satu kenyataan di media pula mengulas tentang hubungan mereka yang masih baik dan memohon agar orang ramai mendoaka yang baik- baik buat mereka berdua.
Ubai juga nampaknya tidak menafikan atau mengiyakan perkara tersebut tetapi hanya mengatakan yang hubungan mereka sama seperti orang lain yang ada pasang surutnya.
“Apa yang ditulis di Instagram itu, biasalah… Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Doalah yang baik-baik. Biasalah hubungan… Mana-mana hubungan tidak kira sama ada kekasih ke, keluarga atau sebagainya ada pasang surutnya.
“Mungkin sekarang masanya adalah surut. Lepas tu nanti mana tahu dah kembali okay? Doakan sahaja yang baik-baik,” katanya.
Namun dia menafikan yang perkara tersebut adalah gimik semata – mata kerana mahu melancarkan lagu terbaru daripada Shila Amzah dan mengatakan yang Shila tidak pernah berbuat negitu sepanjang bersama dengan Shila .
“Nak buat lagu itu tak adalah sebab sepanjang saya dengan dia tak ada lagi dia tulis lagu. Berkenaan pertukaran status, netizen boleh berkata apa sahaja, saya anggap itu perkara biasa sebab kita tak boleh nak tutup mulut semua orang.
“Lebih molek sekiranya kita bercakap benda yang baik daripada mendoakan perkara yang tidak baik. Itulah yang saya boleh komen setakat ini,” katanya.
BACA INI :“Tolong jangan bagi aku satu set dengan dia”- Puteri Balqis
Shila pula tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hubungan mereka dan masih lagi berkongsi gambar bersama Ubai namun menutup ruangan komen pada Ig miliknya .