Beto Hargai Team Choreographer Yayan Ruhian

Pelakon serba boleh Beto Kusyairy yang kini sedang hangat mempromosikan filem fiksyen sejarah terbaru Mat Kilau, baru-baru ini dilihat membuat sebuah hantaran di laman media sosial miliknya menghargai pasukan ‘fight choreographer’ yang dibawa oleh Yayan Ruhian.

Dalam hantaran tersebut beliau menyatakan kesukaran kerja-kerja fight choreographer yang perlu lebih dari sekadar mengetahui gerak tarung dan seni bela diri semata-mata.

“Fight choreographer bukan setakat perlu tahu gerak tarung atau mahir dalam seni bela diri. Ianya lebih dari itu.

Selain perlu memahami kehendak pengarah & mencipta gerakan, mereka juga perlu tahu mengolah mengikut kesesuaian pada pelakon serta watak & perwatakannya. Yang terpaling penting, faham & punya ilmu tentang sudut pandang kamera & lens yang digunapakai. Gerak tari secantik mana pun jika tak kena dengan camera angle, takkan dapat memberi impak yang maksimum.”

Beto juga berbesar hati kerana dapat bekerjsama dengan Yayan Ruhian, pelakon dari Indonesia yang sudah terkenal dengan watak lakonan seni bela diri silat sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Aku cukup berbesar hati dapat bekerjasama dengan kang @yayanruhian & team choreo nya yang cukup profesional & faham akan teknikaliti seni tarung wayang. Syukur aku yang takde apa ni dapat cedok ilmu sedikit sebanyak.

Selain kru sebalik tabir yang lain, mereka adalah wira-wira yang tak didendang(selain kang Yayan lah) untuk seni tarung #filemMatKilau ini. Penghargaan besar buat @reza.hilman @cece_ciungwanara @achmadali.s

Terima kasih kerana buat kami tampak hebat.”

Leave a Comment

Share Artikel Ini