‘Bertepuk Bertampar Nak Hilangkan Stres’ – Ifa Raziah

Pelakon dan usahawan Ifa Raziah menjadi bahan ‘umpatan’ ramai selepas tular video goyang dan tampar punggung bersama Kak KM, Datuk Seri Vida (DSV) dan Cheta Potpet.

Mengulas aksi tersebut, Ifa menyatakan dia cuma berseronok dengan tiga rakannya itu bagi menghilangkan rasa stres.

“Macamlah engkau orang tak pernah bertepuk bertampar dengan geng sendiri. Masa macam inilah kami nak bergelak ketawa hilangkan stres, kami pun penat kerja.

Sesekali jumpa, apa salahnya nak buat kandungan bertepuk amai-amai begitu.”

Aktres berumur 47 tahun ini juga menjawab kecaman negatif netizen yang tidak senang melihat dia ligat menari di platform TikTok.

“Nama pun untuk hiburan. Tiktok itu diwujudkan untuk orang hilangkan stres, jadi kita gunakan platform itu untuk hiburanlah. Kalau awak masuk untuk meroyan disitu, apa faedahnya? Pergilah tempat lain.

Tempat itu untuk berhibur, dan kita gunakan juga untuk orang kenal jenama kita dan sebagai contoh saya nak promosi acara Starvendor dengan cara menari, apa salahnya?

Kalau orang lain menari tak ada orang kisah, tapi bila saya buat, kenapa kisahkan pula?”

Dalam pada itu, pemilik nama Saripah Raziah Mustapha kesal dengan sikap warganet yang suka mencari kesilapan dirinya sedangkan masih ramai di luar sana yang melakukan aksi keterlaluan.

“Ramai lagi yang menari melampau, bertudung litup, tapi tayang payudara dan sebagainya. Kenapa yang itu netizen tak kisahkan? Saya menari takdelah melampau.

Hairan jugalah saya, kenapa ramai benar netizen yang susah hati? Saya pun artis, dan tugas saya menghiburkan orang dan itu adalah bahan kandungan hiburan. Orang yang mengata itu ini pun, dalam keji, dia tengok juga.”

Sebelum ini, tindakan menggoyang dan menepuk punggung sesama sendiri di khalayak ramai dikatakan seolah ‘menguji kehebatan aset.’

Perbuatan tidak senonoh itu turut menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Amin untuk menegur di Instagram Stories.

Sumber: TikTok Ifa Raziah

Leave a Comment

Share Artikel Ini