HOT
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Gosip Artis Malaysia
No Result
View All Result
Home Berita

“Berbaloi Ke Curang?” – Soalan Pak Nil Buat Shuk Sahar Terkedu

Lutfi Shah by Lutfi Shah
June 21, 2022
in Berita, Gosip
0 0
0
“Berbaloi Ke Curang?” – Soalan Pak Nil Buat Shuk Sahar Terkedu
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak awal tahun ini, kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar hangat diperkatakan apabila isterinya, Rossa Sera mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Malah, Shuk juga telah pun menjual rumahnya bernilai RM1.2 juta untuk memulakan kehidupan berikutan kurang mendapat tawaran susulan kontroversinya itu.

Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok dikongsikan oleh netizen apabila pelawak itu dijemput dalam program Hard To Heart yang dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi.

Dalam temu bual itu, Shuk mengakui sudah tidah tinggal sebumbung dengan isterinya, bagaimanapun Rossa belum lagi ke mahkamah untuk proses selanjutnya.

Shuk berkata bukan dia tidak cuba mempertahankan rumah tangganya, namun mengakui kerana kecurangan yang dilakukannya sejak empat tahun lalu membuatkan isterinya mungkin tidak tahan dan meninggalkan rumah.

Ditanya oleh Pak Nil adakah dia rasa berbaloi curang berkali-kali sehingga isterinya terluka, Shuk mengakui ianya tidak berbaloi kerana dia kini hilang keluarga dan merasakan hidupnya kosong.

Diakhir program tersebut, Shuk mengakui apa yang terjadi adalah salahnya dan hidupnya kini kosong tanpa isteri dan anak-anak.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang ralat dengan Shuk serta memahami perasaan kecewa Pak Nil terhadap pelawak itu.

Bagaimanapun, netizen tetap mendoakan agar Shuk berubah ke arah lebih baik serta mengambil iktibar di atas apa yang berlaku.

Dalam pada itu, ada yang menitipkan pesanan kepada Shuk untuk menyemak kembali hubungan Allah serta dipermudahkan urusan jika mahu kembali kepada keluarganya.

  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy

© 2023 Gosip Artis Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist