Benedict Cumberbatch Bakal Membintangi Filem Tentang Kisah Pemberotakkan “The Hood”

Bintang Doctor Strange, Benedict Cumberbatch bakal bekerja dengan pengarah “Jason Bourne” iaitu Paul Greengrass untuk filem yang akan datang bertajuk “The Hood”.

Pengarah filem itu menjadi terkenal pada tahun 2004 dengan mengarah filem kedua “Jason Bourne” iaitu “The Bourne Supremacy”. Bukan itu sahaja, Greengrass juga turut mengarahan filem seperti “The Bourne Ultimatum” pada tahun 2007, “Captain Phillips” pada tahun 2013, dan “United 93” pada tahun 2006, sehingga dia tercalon di dalam anugerah Oscar untuk Pengarah Terbaik.

walaupun plot “The Hood” masih menjadi tanda tanya, filem tersebut dikatakan mengisahkan tentang sekumpulan petani di England telah menyertai pemberotakkan yang berlaku sekitar pada abad ke-14. Pemberotakkan tersebut berlaku berikutan penyebaran Black Death dan konflik mengenai cukai yang dijana akibatnya Perang Seratus Tahun Perancis.

peranan yang bakal dipegang oleh Benedict Cumbebatch adalah seorang petani yang mengetuai kumpulan pemberotak.

ada juga khabar angin yang menyatakan dimana filem ini drama bergenre aksi seperti “Braveheart” dan “Gladiator”. Yang pastinya sebagai peminat filem kita hanya boleh menunggu sahaja apabila filem ini akan ditayangkan.

Leave a Comment

Share Artikel Ini