Bella Astillah Sakit Teruk Akibat DiSihir

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah baru – baru berkongsi bahawa dirinya telah dimasukkan ke wad kecemasan selepas mengalami sakit kepala yang teruk.

Malah Bella mendedahkan dia sekeluarga terpaksa memanggil ustaz dan ustazah untuk mengubatinya di rumah kerana penubatan moden tidak berkesan kepadanya .’

Dia kini bergantung kepada ubat untuk tido dan merasa tenang kerana sering sakit kepala serta menjadi tidak tentu arah akibat merasa tidak tenteram yang menyebabkan dirinya sering marah.

“Sekarang saya bergantung pada ubat kalau tidak baik juga saya terpaksa buat pembedahan. Doakan Bella. Saya tak pernah alami (gangguan) sebenarnya, saya jarang muat naik di Instagram sebab saya kurang sihat, saya mula berubat, minta Ustazah datang rumah.”

“Saya berhusnuzon selalu, pergi ke klinik sahaja tetapi benda ini tak sihat-sihat. Kita tahu diri kita, kita jadi lain. Jadi kuat marah-marah,” katanya.

Bella turut mendedahkan terdapat beberapa perkara aneh berlaku pada dirinya serta anakanya dan itu membuatkan dirinya tidak senang kerana ianya melibatkan keluarganya.

Mimpi Buruk

Bella mengakui yang dia sering mengalami mimpi tentang ular secara berturutan namun tidak terfikir mengenai perkara sihir namun apabila perkara semakin teruk dia terpaksa berkngsi perkara tersebut dengan orang lain.

“Anak kedua saya setiap hari, setiap malam antara pukul 2 pagi sampai 4 pagi akan jerit-jerit, nangis dan meracau yang tak berhenti. Masalahnya setiap hari. Bila pergi jumpa doktor, tiada apa-apa pun, dari situ saya kena ikhtiar juga. Rasa tak boleh bekerja, sakit badan.”

“Cuma setiap hari mimpi, saya mimpi ular. Saya mengadu kepada ibu saya dan ibu saya cakap ‘kalau mimpi ular buat orang yang belum kahwin maksudnya orang masuk meminang tetapi kau dah kahwin’. Tapi tak pernah fikir tentang sihir-sihir ini.”

“Sampai saya tidak sihat, saya minta Ustazah datang bawa air Zam-Zam dan saya bercerita. Itu perkara tak baik sebab saya mimpi itu berturutan.”

“Mimpi ular yang besar, ular yang putus, anak saya Ayden pegang ular itu. Saya beterima kasih sangat kepada Ustaz dan Ustazah yang datang ke rumah,” ceritanya.

Tidak mahu perkara buruk berlaku kepada keluarga tercinta , Bella akan lebih berhati-hati apabila berkongsi tentang keluarga dan aktiviti hariannya agar tidak membuatkan  orang tidak suka kepadanya dan keluarga.

Namun Bella mengakui kecewa dan tidak akan memaafkan orang yang melakukan perkara tersebut kepada keluarganya kerana ia memberikan kesan yang buruk terhadap rumahtangganya .

“Kalau betul niat awak begini, saya rasa kesian kepada awak. Mungkin awak tak bahagia. Saya sangat kecewa, susah nak maafkan sebab apa yang awak buat ini sangat besar kesannya terhadap rumah tangga saya.”

“Alhamdulillah mungkin atas berkat anak-anak, saya dan Aliff pertahankan demi rumah tangga kami. Maaf saya katakan, saya tak boleh maafkan kamu,” katanya.

BACA INI :“Seluruh badan saya cramp, kaki tak boleh gerak.” – Dato Nash Mohon Doa Orang Ramai

Bella kini sibuk dengan produk terbarunya yang diusahakan bersama adiknya , Didi Astillah dan banyak menjadi duta kepada beberapa produk popular .

Leave a Comment