Dalam satu kenyataan baru – baru ini , bekas isteri kepada Radhi OAG , Nur Shahira Ayu Zahiri berkongsi kepada media yang dia telah meminta Radhi membayar RM300,000 bagi keperluan anak mereka ekoran persetujuannya untuk menarik balik kes terhadap artis berkenaan.
Nur Shahira, 29, turut memohon agar bekas suaminya membayar RM1,000 sebulan dengan bayaran penuh untuk perbelanjaan kedua-dua anak mereka iaitu Muhammad , 6 , dan Nur Aisyah , 7 tahun.
Walaupun faham dengan situasi yang dihadapi bekas suaminya itu namun mereka sudah bersetuju dengan perkara tersebut dan bakal menandatangi dokumen sah bagi perjanjian tersebut.
“Saya faham situasi Radhi, permintaan (RM300,000) untuk anak-anak dan Radhi sudah setuju dengan perkara itu. Selepas ini, kami akan buat ‘hitam putih’ (dokumen rasmi) untuk ditandatangani (persetujuan).
“Sebenarnya Radhi nak beri RM5,000 dan RM500 sebulan, saya rasa tidak cukup untuk dua anak. Saya juga perlu bayar pinjaman kereta dan rumah, selain keperluan baju, makanan, vitamin, tuisyen dan sekolah anak,” katanya.
Selesai Cara Baik
Nur Shahira telah hadir pada prosiding perbicaraan terhadap Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, 46, hari ini dan berharap perkara itu selesai dengan cara baik.
Manakala , ketika prosiding di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol, Nur Shahira memaklumkan pihaknya tidak berhasrat meneruskan kes terhadap Radhi dan mahu menyelesaikannya tanpa melalui perbicaraan yang lebih panjang.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 Julai ini bagi sebutan kes supaya pihak-pihak memaklumkan status laporan polis yang perlu ditarik balik oleh Nur Shahira selepas wanita itu menyelesaikan kesnya di luar mahkamah.
Terdahulu , Radhi didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira di parkir Emporis Menara D Kota Damansara, di sini, pukul 2.29 petang pada 19 April 2022.
BACA INI :“Saya seboleh mungkin tidak mahu mencurahkan minyak ke dalam api,” – Sharifah Sakinah
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.