Bayar Zakat Hampir RM1 Juta, Aliff Syukri Sebak Dapat Penghargaan

Sebut saja nama Datuk Seri Aliff Syukri, sememangnya ramai tahu usahawan kosmetik itu sering terpalit dengan kontroversi lebih-lebih lagi dengan cita-citanya mahu menjadi penyanyi nombor satu negara.

Baru-baru ini, perkongsian Aliff menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan kepada netizen menerima penghargaan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menerusi entri itu, Aliff meluahkan rasa sebak dengan penghargaan diterima apabila dia merupakan pembayar zakat terbesar di Selangor dengan bayaran mencecah RM1 juta pada tahun 2021.

“Dulu masa saya mula niaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM 7 zakat setiap bulan,tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan iainya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras!!

“Alhamdulillah hari ni jadi kenyataan,tidak la hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya,” tulisnya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan usahawan itu dikurniakan rezeki melimpah ruah.

 

Leave a Comment

Share Artikel Ini