Baru Buka Akaun IG, Anak Mira Filzah Raih 33,000 Pengikut

Genap tujuh hari melahirkan anak sulung, semalam pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar berkongsikan nama anak lelaki mereka iaitu Wan Khair Amir..

Berkongsikan perkara itu di Instagram, pasangan itu turut membuka akaun Instagram rasmi buat anak mereka..

Meskipun baru saja berkongsikan akaun tersebut kepada para peminat dan tiada lagi gambar yang dimuat naik, namun akaun berkenaan sudah meraih sebanyak 33,000 pengikut..

Terdahulu, Mira dan suami juga turut meluahkan rasa syukur apabila sudah pun selesai menjalankan ibadah tahnik dan bercukur untuk anak mereka..

Mira selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu..

Leave a Comment

Share Artikel Ini