Suhaimi Saad sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia memilih untuk hidup dengan cara ‘zuhud’ bersama isteri dan anak-anak.
Antara yang diamalkan oleh Suhaimi dan isterinya, Ina Naim adalah tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mendapatkan suntikan vaksin buat anak-anaknya selain tidak menerima suntikan vaksin Covid-19 dan suntikan-suntikan yang lain.
Ramai yang mengetahui tentang hal itu, ramai yang menyuarakan kerisauan mereka terhadap nasib empat anak pasangan ini di masa akan datang.M Bukan setakat itu sahaja, mereka juga turut mengasihani nasib Ina kerana mendapat suami yang menurut mereka seorang lelaki ‘Pemalas’.
sesetengah netizen memerlinya kerana ada menggunakan barangan yang tidak patut dipakai jika benar-benar mahu mengamalkan zuhud. Segelintir netizen turut mengkritiknya ‘bermain’ TikTok sedangkan anak tidak pula dihantar bersekolah.
ada juga yang berpendapat sepatutnya jangan masuk campur dan menilai kehidupan mereka sekeluarga hanya berdasarkan video.