Fuad Rahman Dan Tom Akui Sedang Bercinta

Peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahman dan Tom baru – baru ini sering berkongsi gambar dan vidoe antara mereka dan akhirnya mengaku mereka sedang menjalin hubungan cinta. 

Fuad mengakui bahawa cintanya berputik kembali kepada bekas kekasihnya itu sejak minggu kedua bersama GV9 dan telah meluahkan perasaannya pada Tom dua minggu lalu selepas tamatnya program popular tersebut.

Fuad tekad berkongsi tentang hubungan mereka kepada media selepas banyak komen dan kenyataan daripada netizen yang mempertanyakan tentang hubungan mereka.

“Kami memang sedang menjalin cinta, cinta saya mula berputik pada Tom adalah pada minggu kedua konsert GV. Tapi secara rasmi saya lamar dia untuk couple adalah dua minggu lepas.”

“Saya terbuka untuk beritahu sedang bercinta kerana tidak mahu ada salah anggap… mungkin selepas ini orang akan nampak kami bersama, jadi tiada lagi tanda tanya,” jelasnya.

Bekas Kekasih

Bercerita tenang hubungan mereka itu , Fuad juga mendedahkan Tom adalah bekas kekasihnya pada 2005 dan hubungan mereka berkahir setelah dia menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Fuad meluahkan rasa yang tidak dapat digambarkan semasa bertemu dengan Tom di konsert Gegar Vaganza dan merasakan pertemuan itu mempunyai hikmat yang mana dia dapat memperbaiki hubungan yang pernah terjalin dahulu.

“Sebenarnya kalau boleh saya nak dedahkan pada orang ramai yang tak tahu, Tom merupakan bekas kekasih saya, kami pernah bercinta pada 2005 dan kemudian itu saya telah masuk penjara, selepas itu kami terus tidak berhubung lagi.”

“Saya tinggalkan dia waktu itu sendirian agak lama juga. Kemudian lepas keluar penjara saya mulakan hidup baharu, saya kahwin dan ada keluarga, manakala dia bawa diri ke Langkawi. Sampailah kami dipertemukan semula di Gegar Vaganza.”

“Waktu pertama kali jumpa di GV saya rasa macam tergamam sebab tak sangka jumpa di situ. Saya tengok dia dah lain, kulit makin gelap. Saya rasa tuhan pertemukan kami semula mesti ada hikmah,” katanya.

Malah Fuad menyatakan yang dia mahu menebus kesilapannya sebelum ini kerana meninggalkan penyanyi itu dan akan menjaga perhubungan mereka serta merancang untuk berkahwin jika berjodohan.

“Apa pun dengan peluang kali ini saya ingin tebus semula kesalahan saya yang dulu sebab meninggalkan dia, saya rasa ini waktu terbaik untuk tebus silap saya pada dia.”

“Insya-Allah, kalau dipermudahkan saya akan jaga hubungan ini lebih serius. Jika tiada halangan Insya-Allah kalau tidak tahun depan mungkin tahun seterusnya kami akan berkahwin ,  tetapi buat masa ini biarlah kami fokus kepada karier masing-masing terlebih dahulu,” katanya.

“Apa pun saya minta semua orang doakan hubungan kami dalam keadaan baik ,” katanya.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43,turut menjelaskan tentang hubungannya dengan bekas isteri yang baru dikahwininya pada Mac lalu.

Fuad memberitahu yang mereka sudah sepakat untuk bercerai kerana tidak mempunyai keserasian sebagai suami isteri malah mereka sudah lebih tiga bulan tidak tinggal bersama.

BACA INI :“Tegas Jadi Juri “, – Norman ‘Backup’ Sheila Rusly Tentang Isu Juri Masakan

“Saya dan isteri sudah lebih tiga bulan tidak bersama dan sekarang dalam proses untuk urusan perceraian di mahkamah. Jadi tak timbul isu kononnya Tom menjadi punca saya bercerai.”

“Perkahwinan kedua saya hanya bertahan enam bulan sahaja. Kami sepakat untuk bercerai kerana tiada lagi keserasian dalam rumah tangga,”jelasnya .

Untuk rekod, menerusi perkahwinan pertama Fuad, dia dikurniakan dua orang cahaya mata yang kini masing-masing berusia 16 dan 18 tahun.

Manakala Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Leave a Comment