Sebelum ini pernah tular beberapa dakwaan tentang Dr Che Hafiz daripada bekas isterinya Lufya Omar dan kini terdapat pula dakwaan yang mengatakan Lufya cuba memfitnah Julia Farhana yang kini menjadi kekasih Dr Che.
Julia yang merasakan dirinya difitnah dan tidak senang dengan keadaan tersebut telah bertindak untuk melaporkan perkara tersebut kepada polis dan berharap agar fitnah yang disampaikan tidak menjejeaskan dirinya .
Julia mendakwa Lufya sengaja memburukkan dirinya kepada orang ramai sehingga memalukan dirinya dan segala yang diceritakan adalah tidak benanr dan hanya rekaan semata – mata.
Kenapa Sekarang?
“Kenapa bila dah dekat tarikh perkahwinan baru terjadi semua ini? Saya buat laporan polis kerana sahabat dan rakan kongsi perniagaan saya diganggu dengan gambar-gambar saya di tempat awam berserta pelbagai fitnah.”
“Fitnah besar (berbukti) bahawa saya melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Itu tujuan laporan polis dibuat,” katanya.
Julia mengaku bahawa dirinya berbaik dengan Lufya agar hubungan mereka menjadi baik dan boleh berbincang secara berhemah namun dia difitnah dan tidak menerima keadaan tersebut.
BACA INI : “Ustazah” Siti Afifah Disahkan Tiada ‘Background’ Pengajian Agama , Sengaja Cari Publisiti
“Berkali-kali bakal suami nasihatkan supaya jangan berhubung dengannya. Saya degil. Saya respon sebab apa? Sebab nak hormati dia dan buka peluang untuknya berbincang dengan saya sekiranya diperlukan”.
“Lagipun saya tiada masalah kalau nak berbincang, bagaimanapun saya dihina. Tunang saya terima fitnah dan hinaan tentang saya. Namun saya masih kata tidak mengapa. Mungkin dia salah faham. Sekarang, secara umum?,” katanya.
Julia sempat menyatakan bahawa dirinya sudah bersedia untuk berumah tangga dengan kekasihnya itu dan sebenarnya berniat mahu menjadikan hubungan mereka lebih tapi tidak menyangka perkara tersebut terjadi sehingga menjejaskan hubungan mereka.