“Bagi saya cara itu tidak betul dan kita perlu mengajar mereka,”- Faizal Hussein

Pelakon terkenal , Faizal Hussein , baru- baru ini mendedahkan yang dirinya terpaksa menolak sebuah tawaran daripada jenama terkemuka untuk menjayakan iklan yang berkonsepkan raya.

Dia mengakui terpaksa menolak tawaran tersebut kerana merasakan syarikat berkenaan memberikan bayaran yang tidak xsetimpal dan tidak berbaloi buatnya.

Walaupun begitu , Faizal menyatakan tindakannya itu bukanlah kerana terlalu demand tetapi harga yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding jenama tempatan.

“Saya tolak tawaran dari buat video iklan jenama makanan bertaraf antarabangsa itu kerana harga yang ditawarkan lebih rendah dari jenama tempatan.”

Pengajaran

Perkara seperti itu sepatutnya tidak berlaku kepada artis senior sepertinya dan dia tidak teragak- agak untuk menolak tawaran tersebut untuk memberikan pengajaran kepada syarikat besar berkenaan.

“Bagi saya cara itu tidak betul dan kita perlu mengajar mereka. Contohnya, jika jenama tempatan bayar saya sehari RM10,000, takkanlah jenama bertaraf antarabangsa itu bayar saya harga yang sama dan sepatutnya perlu lebih tinggi dari itu,”katanya lagi.

Walaupun sudah kurang menerima tawaran berlakon namun Faizal kini sedang rancak menggunakan media sosial untuk mempromosikan iklan raya yang menggunakan dirinya sebagai teraju utama.

“Sebenarnya, trend ramai artis yang buat iklan raya di platform media sosial ini sudah bermula sejak beberapa  tahun lalu.”

“Apa yang penting, mesej yang hendak disampaikan menerusi iklan itu pada penonton seperti kasih sayang, bapa yang sudah lama tidak bertemu dengan anaknya dan sebagainya,”jelasnya.

Terkini , video iklan yang memaparkan Faizal dan isterinya mendapat sambutan hangat apabila ianya tular di Tik Tok dan di medai sosial yang lain dan menerima pujian daripada orang ramai.

Melalui video berkenaan , Faizal, 56  dan isterinya , Suhaila Sulaiman,44, berada di sebuah gedung pakaian terkenal dan mencuba pakai di gedung tersebut namun gelagat Faizal menarik perhatian kerana tertekan apabila terpaksa memberikan komen berkenaan pakaian yang dikenakan oleh isterinya itu.

Faizal menjelaskan yang video berkenaan sebenarnya dijayakan pada 2 tahun yang lalu namun tidak mendapat sambutan hangat pada ketika itu.

Namun baru – baru ini ianya  tular apabila ada yang berkongsi video berkenaan di media sosial sehingga menjadi trending di media sosial  Tik Tok dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai.

“Video itu sudah lama dan baru tular sekarang mungkin kerana orang tidak perasan sebelum ini , mungkin ketika itu, ada banyak lagi video iklan yang paparkan tema subjek yang lebih menarik.”

BACA INI :“Saya tak campur, itu bukan masalah saya” – Rosyam Nor

“Apapun, video iklan saya bersama isteri itu memang menghiburkan sebab itu ia tular sekarang,” selorahnya.

Leave a Comment