“Badan Saya Sudah Rosak “, – DJ Lin Dedah Sakit Yang Dihadapinya

Penyampai radio terkenal juga dalam segmen Suria Cinta di saluran Suria FM , DJ Lin sebelum ini pernah mendedahkan yang dirinya kehilangan suara dan berdepan masalah kesihatan sehingga ke hari ini sejak memenangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH pada 2016.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid menjelaskan kepada media yang dia terpaksa mencuba pelbagai jenis rawatan sehinggalah ke rawatan Islam selepas disarankan oleh keluarga , rakan serta peminat.

Terdahulu , DJ Lin pernah berkongsi tentang keadaannya  yang sakit teruk sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan koma pada tahun 2021 lalu.

Malah pernah mendapatkan rawatan sehingga ke Singapura dengan bertemu seorang mufti bagi mengenalpasti penyakit yang dihadapinya dan mendapatkan rawatan bagi pemulihan .

 

 

Walaupun sudah mendapatkan rawatan dengan beberapa perawat terkenal dan berkebolehan namun dia tetap mendapat bayangan yang sama sehingga dia koma pada tahun 2021.

“Saya pernah ke Singapura untuk bertemu seorang mufti bagi mengenal pasti penyakit yang saya alami. Sebelum bertemu dengan mufti berkenaan, saya sebenarnya sudah berjumpa dengan ramai perawat.”

“Kesemua mereka memberikan gambaran orang yang sama, malah sewaktu sakit teruk sekitar 2021 sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sembilan hari, saya mendapat bayangan orang yang sama seperti diberitahu perawat.”

Bercerita tentang keadaannya semasa sakit , DJ Lin mengakui dia merasa sangat teruk dan sengsara sehingga keluarganya menganjurkan bacaan Yassin kerana melihatnya terlalu lemah dan tidak berdaya.

“Ketika itu keadaan saya memang sangat teruk, saya kepanasan dan merasa seperti disalai di atas api. Saya dalam keadaan koma sehinggakan keluarga dan rakan-rakan menganjurkan majlis bacaan Yasin kerana keadaan saya pada waktu itu seperti tiada harapan lagi untuk hidup.”

 

 

Pada akhirnya , DJ Lin kembali pulih dan bertahan sehingga kini namun sedar bahawa dirinya tidak boleh terlalu gembira kerana ada insan yang tidak tenang melihatnya sembuh dan kembali bekerja seperti dulu kala.

“Alhamdulillah, mungkin semangat saya kuat untuk terus melawan menyebabkan saya masih mampu bertahan sehingga kini. Tetapi saya tahu insan berkenaan tidak akan berdiam diri dan saya percaya dia tidak senang sebaliknya akan terus lakukan sesuatu supaya hidup saya sengsara,” ceritanya lagi.

Tubuh Sudah Rosak

Semasa mendapatkan rawatan si Singapura , mufti tersebut memberitahu bahawa tubuh badannya sudah rosak dan akan sembuh jika dia meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio dan bersangkutan dengan radio.

“Kata mufti itu, kalau ikutkan keadaan badan saya sudah rosak dan sebenarnya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Tapi disebabkan belum ajal dan juga semangat saya yang kuat jadi saya masih bertahan kerana individu itu mahu lihat saya mati.”

“Tapi katanya lagi, saya akan sembuh dan sihat jika saya tinggalkan bidang radio. Jika saya tidak percaya, dia kata cuba tinggalkan bidang itu dan cuba bidang lain kerana insan itu tidak akan senang duduk,” jelasnya lagi.

 

 

Walaubagaimanapun , DJ Lin tidak mengakui dirinya tidak akan sekali – kali meninggalkan bidang yang dicintainya itu hanya kerana manhusia yang tidak bertanggungjawa dan keji

BACA INI :Akhirnya , Isteri Hafidz Roshdi Dedah Kecurangan Suaminya

Malah DJ Lin memberitahu yang dia akan terus bekerja dengan lebih gigih demi menaikkan lagi nama Suria FM agar menjadi radio nombor 1 Malaysia.

Leave a Comment